UNDANG-UNDANG HARTA TANAH








Pengenalan.


Apakah maksud tanah kepada anda?

Tanah dilihat sebagai sawah padi, taman permainan,tanah perumahan. Malahan, tanah juga dilihat mengikut jenis seperti gambut,paya dan sebagainya.
Namun, tanah boleh dilihat dari segi dimensi lain sebagai penggunaan lestari, penggunaan yang optimum dan nilai.

Pengenalan Kepada Undang-Undang Tanah (Sejarah Undang-Undang Tanah)


Untuk pengetahuan semua, penduduk tanah melayu tidak mengalami sebarang kerumitan berkaitan dengan soal-soal harta tanah sebelum kedatangan inggeris. 

Anda semua ingin tahu mengapa?

Hal ini adalah kerana sebahagian besar daripada semenanjung tanah melayu masih lagi berhutan rimba.
Tambahan pula, penggunaan tanah pada ketika itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan hidup iaitu secara berkebun, bersawah ataupun mencari bahan-bahan hutan.
Selain itu, keadaan ini juga menyebabkan masyarakat melayu tradisional tidak memerlukan satu sistem pemilikan dan pentadbiran tanah yang khusus dan berinstitusi.

Namun demikian, masyarakat melayu tradisional yang terkenal dengan pelbagai jenis sistem adat juga mempunyai peraturan-peraturan yang berkaitan dengan tanah. Segala peraturan adat mengenai pertanahan ini lebih dikenali sebagai undang-undang adat. oleh itu, hal ini boleh dilihat dimana tanah sangat penting sejak dahulu lagi.

untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan Undang-Undang Adat Tanah, sila klik dan teruskan bacaan anda. Terima kasih.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment