HAKMILIK

HAKMILIK TANAH


Pada hari ini, apabila disebut berkaitan hakmilik tanah, semua akan beranggapan bahawa hakmilik tanah adalah geran tanah. Adakah ianya benar atau tidak ? Jadi mari luangkan masa anda untuk membaca artikel ini.

Undang-undang adat tanah telah menjelaskan berkaitan hakmilik tanah bahawa hak seseorang keatas tanah adalah bergantung kepada siapa yang meroka, menebas, membersih dan mengerjakan tanah itu, dengan syarat tanah itu tidak diduduki oleh sesiapa lagi. Hal ini dimana, sekiranya sesiapa yang mengusahakan tanah yang ditinggalkan iaitu tanah mati, hakmilik tanah itu akan terpulang kepadanya.

 Sebagai contoh bagi tanah bendang yang ditanami dengan padi, undang-undang adat tanah menetapkan bahawa dalam masa tiga(3) tahun untuk menentukan samada hidup atau tanah mati. Malahan, sekiranya tanah itu tidak dikerjakan selepas tiga (3) tahun maka ia akan menjadi tanah mati. Dengan itu, terpulanglah kepada raja, pembesar atau penghulu dikawasan itu untuk memberikan tanah atau sawah itu kepada orang lain.

Namun, hal ini berlainan dengan tanah kebun dimana tanah kebun yang ditanami dengan pokok buah-buahan, sekiranya tanah kebun itu ditinggalkan, hakmilik tanah itu boleh dituntut kembali oleh pemiliknya atau waris-warisnya jika pokok yang ditanamnya masih hidup.

Sebenarnya konsep hakmilik tanah bagi masyarakat melayu tradisional tidak begitu komplek. Hal ini kerana, jumlah keluasan tanah yang diusahakan pada masa itu masih luas sedangkan penduduk pada masa itu tidak ramai.

 Malahan, keadaan ini juga telah menyebabkan urusniaga tanah dijalankan dalam bentuk yang mudah. Oleh itu, penyewaan, penjualan atau gadaian tanah dilakukan tanapa sebarang dokumen bertulis justeru hanya menggunakan perjanjian mulut yang berdasarkan kejujuran dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment