PENJUALAN

PENJUALAN TANAH

Penjualan tanah ini dilakukan dengan cara membayar kembali segala upah buruh untuk mencerahkan tanah itu kembali kepada sipenjual. Pembayaran upah penat lelah sipenjual ini lebih dikenali sebagai pulang belanja. Pulang belanja ini hanyalah bagi tanah sawah atau ladang sahaja. Manakala, bagi tanah kebun atau tanah kampung yang bertanam dengan pokok buah-buahan, pulang belanja akan dinilai dengan memasukkan jumlah pokok buah-buahan atau rumah dan lain-lain keppentingan yang terdapat di atas tanah itu.

SEWAAN TANAH

Berkaitan dengan sewaan pula, sewaan boleh dilakukan dengan bayaran emas atau perak kepada tuan tanah. Kalau ada perjanjian atau sebarang urus sewaan selain daripada bayaran emas dan perak, sewaan itu tidaklah sah. Namun, sekiranya tidak ada emas atau perak sipenyewa boleh menyewa tanah itu dengan cara memberi makanan kepada tuan tanah itu dan ini dianggap sah.

GADAIAN TANAH

Bagaimana pula apabila melibatkan gadaian? Gadaian melibatkan dua jenis gadaian yang dilaksanakan iaitu gadaian biasa dan gadaian yang berbetuk jualbeli. Gadaian biasa ini  berbentuk perjanjian antara pemberi pinjaman dan peminjam. Orang yang memberi pinjaman akan menguasai tanah itu sedangkan peminjam iaitu tuan tanah bertukar sifat sebagai penyewa. Hasil yang diperolehi daripada tanah itu akan dibahagikan sama banyak sebagai faedah kepada pinjaman yang diberikan.

JUALJANJI 

Manakala jualjanji pula lebih berbentuk penjualan iaitu peminjam akan menjualkan hakmiliknya kepada pemberi pinjaman dengan kadar faedah yang tertentu untuk masa yang dipersetujui. Malahan, peminjam boleh mengusahakan tanah itu dengan membayar sewanya. Tanah itu boleh diambil kembali oleh peminjam setelah hutang dibayar. Tetapi sekiranya ia gagal menjelaskan hutangnya dalam tempoh masa yang dipersetujui, tanah itu akan menjadi milik pemberi pinjaman secara sah.

PENTADBIRAN TANAH

Berhubung dengan kekuasaan hakmilik dan  pentadbiran tanah bagi masyarakat melayu tradisional, rajalah yang bersifat tuanpunya kesemua tanah, sedangkan rakyat hanya diberi hak untuk mengerjakan tanah itu sahaja. Hak rakyat untuk menebang dan membersihkan sesuatu kawasan itu bergantung kepada kebenaran raja dan secara langsung bermakna rakyat tidak mempunyai sebarang kuasa yang mjlak ke atas tanah yang mereka duduki.

CUKAI TANAH

Undang-undang adat tanah menetapkan bahawa 1/10 daripada hasil bijirin yang diperolehi mestilah diberikan kepada raja sebagai cukai. Sesiapa yang engkar atau melanggar undang-undang adat ini akan menerima akibat buruk iaitu harta atau tanahnya mungkin dirampas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment