ADAT PERPATIH

Adat perpatih 

                                    

tahukah anda, menurt R.O Winstedt, adat pepatih merupakan undang undang perdana menteri. ia berasal daripada masyarakat minangkabau di sumatera dan diamalakan oleh masyarakat melayu di negeri sembilan dan naning di melaka. 

terdapat 12 suku dalam sistem adat pepatih:-
  1. biduanda
  2. batu hampar
  3. seri melenggang
  4. tanah datar
  5. mungkal
  6. seri lemak
  7. tiga batu
  8. tiga nenek
  9. paiah kumbuh
  10. anak melaka
  11. anak aceh 
  12. batu belang 
adat perpatih terkenal dengan perbilangan yang menjadi sumber undang undang. ia mempunyai pertuntukan dalam perkara perkara berikut :-

  • pentadbiran dan perlembangaan
  • perkahwinan
  • anak angkat
  • harta carian laki bini dan pusaka
PENTADBIRAN DAN PERLEMBAGAAN 

susunan hieararki adat pepatih 



  • mamak- kuasa suku terletak di tangan mamak 
  • buapak- ketua perut ( dilantik oleh mamak)
  • ketua suku- lembaga ( dilantik oleh buapak)
  • ketua daerah - undang ( dilantik oleh lembaga)
  • ketua negeri- yang dipertuan besar.  ( dilantik oleh undang)
ANAK ANGKAT 

proses pengambilan anak angkat di bawah adat pepatih merupakan satu proses yang khas dan unik. Ia dikenali sebagai berkadim yang bermaksud saudara rapat dari sebelah ibu. ini bermaksud berkadim akan menjadikan seseorang itu yang merupakan saudara yang rapat dapat mewarisi harta pusaka adat. 

terdapat tiga jenis anak angkat iaitu;-

1. anak angkat secara sepenuhnya

Anak angkat secara sepenuhnya bermaksudnya berhubungan anak angkat dan ibu angkatnya seperti ibu kandung dan anak kandung, Jadi jika anak angkat tersebut merupakan perempuan, maka anak angkat tersebut layak mewarisi harta pusaka dan jika ia lelaki, beliau layak memegang jawatan adat.  

2. anak angkat terhad 
Hubungan diantara ibu dan anak wujud, tetapi hak mewarisi harta adalah terhad. 

3. anak angkat palsu
Anak angkat palsu terjadi apabila seseorang wanita mengambil anak angkat (wanita yang lain) untuk tinggal bersamanya membantunya dalam hal hal rumah tannga. jadi wanita yang diambil tidak mempunyai mendapat apa apa hak dalam mewarisi harta 


menurut adat pepatih sesiapa sahaja layak mengambil anak angkat dan tidak mempunyai had umur. 

dalam kes Res Siadus Dec, suami merupakan seorang anakbangsa cina dan telah dijadikan anak angkat dan upacara berkadim telah disaksikan oleh undang. si mati tidak mempunyai anak sendiri tetapi mempunyai dua adik perempuan. setelah kematiannya, salah satu dari adik perumpuannya telah menuntut harta pusakanya. dan telah diputuskan oleh pemungut hasil bahawa harta adatnya telah dibahagikan sama rata antara anak angka dan adik perempuannya. dan harta dapatannya diberikan kepada anak angkatnya.


HARTA 
di bawah adat perpatih, harta biasanya dibahagikan kepada:-

  • harta pusaka : harta yang tetap dalam tangan perempuan
  • harta pembawa: harta suami yang diperolehi sebelum berkahwin
  • harta dapatan:  harta isteri yang diperolehi sebelum berkahwin 
* harta dapatan dan harta pembawa mestilah diketahui oleh lembaga kedua pihak semasa perjanjian perkahwinan dibuat. ini kerana,jika berlakunya sebarang masalah mudah untuk membuat pembahagian harta harta tersebut. 

  • harta sepencarian: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri selepas perkahwinan mereka. prinsip umum tentang pembahagian harta sepencarian sebagaimana yang ditentukan oleh adat pepatih adalah:
" cari bahagi, 
dapatan tinggal,
pembawa kembali,
 sekutu belah, 
suarang berageh."

  1. carian bahagi ialah bermaksud harta sepencarian atau sebarang harta yang didapati semasa perkahwinan mestilah dibaagikan antara suami dan isteri bila bercerai.
  2. pembawa kembali bermaksud harta pembawa atau harta yang dibawa oleh suami ke rumh isterina adalah dikembalikan kepada si suami jika berlakunya penceraian atau dikembalikan kepada sukunya jika ia meninggal dunia. 
  3. dapatan tinggal ialah harta yang kepunyaan si isteri dan akan dapat kembali ke si isteri apabila penceraian atau kepada suku isterinya jika isterinya meninggal dunia. 
Selalunya harta sepencarian atau harta bersama akan dibahagi dua. ini dapat dilihat dalam kes Hasmah vs Abdul jalil. dalam kes ini pasangan tersebut telah berkahwin pada tahun 1950. Suaminya tidak mengistiharkan harta pembawa. pada tahun 1951 pasanagn tersebut telah membeli kereta yang berharga $2,500.00 dan digunakan sebagai sebuah teksi. selain itu, pasangan ini juga telah membeli dua bidang tanah dan diletakkan di bawah nama suami. manakala tanah ketiga telah dipindahmilik kepada isteri. suami mengistiharkan harta pembawa ialah bernilai $ 2,500.00. makhamah memutuskan yang suami berhak terhadap separuh daripada perbelanjaannya untuk membangunkan tanah tersebut. walaubagaimanapun, jika si suami membuat rumah keatas tanah isteri, maka ia dianggap harta pusaka dan akan menjadi milik isteri. jika isterinya meninggal dunia maka ia diberikan kepada anak perempuannya. 




** tulisan berwarna merah merupakan contoh kes 


RUJUKAN 
encik razani ab rahim, sumber sumber undang undang malaysia













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment