PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA ERA KESULTANAN MELAYU

MESTI SEMUA TERTANYA MACAM MANA UDANG-UNDANG ISLAM PADA ZAMAN DAHULU SEBELUM MERDEKA?? JOM KITA BACA PENULISAN DIBAWAH INI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG UNDANG-UNDANG ISLAM SBELUM KEMERDEKAAN......

Adapun Islam mula bertapak di rantau nusantara kira-kira pada abad 13 dan di Melaka lewat satu kurun kemudian. Di zaman pemerintahan Melaka, suatu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka,telah diperkenalkan dan diterima pakai sebagai undang-undang Islam. Walaupun ia banyak merujuk kepada undang-undang adat dan bukannya semuanya Islam,namun ia sudah cukup untuk membuktikan undang-undang Islam berada di tahap tertinggi ketika itu.

Sebenarnya Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka merupakan hasil rujukan daripada teks Abu Shuja’ at-Tariq dan Fath al-Qarib oleh Ibn Qasin al-Ghazzi. Malah undang-undang ini juga dikatakan mengandungi perundangan Islam dan ianya terdiri daripada Undang-undang Melaka Asal, Undang-undang Laut, Undang-undang Keluarga dan Undang-undang Jual Beli. Di Perak, terdapat Undang-undang 99 Perak. Bagi negeri Terengganu, undang-undang Islam telah ditadbir dengan berkesan di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Bagi negeri Johor, Majallah Al-Ahkam dari Turki telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan dipakai di Johor. Malah pada akhir abad ke 19,Perlembagaan Johor melalui Artikel 2 menyatakan dengan jelas bahawa raja yang terpilih hendaklah bangsa Melayu berdarah raja,laki-laki dan beragama Islam.Malah agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi bagi Johor.

Boleh dinukilkan di sini bahawa sebelum penjajahan Inggeris, kuasa Sultan atau Raja adalah meliputi semua perkara termasuklah adat istiadat Melayu dan persoalan agama Islam. Didapati bahawa sebahagian kuasa pentadbiran ketika itu ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam di negeri masing-masing begitu juga dengan kuasa eksekutif juga ditangan mereka.

Melihat kepada bukti-bukti sejarah,memang menjadi kenyataan bahawa undang-undang Islam merupakan undang-undang utama di Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan dalam satu kes iaitu Sheikh Abdul Latif & Others lwn Shaikh Elias Bux, mahkamah memutuskan undang-undang yang terpakai kepada orang Islam pada masa itu adalah undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat tempatan. Dalam satu kes terpenting, Ramah lawn Laton, mahkamah semasa penjajahan Inggeris menerima hakikat bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang tempatan Tanah Melayu, malah undang-undang Islam mestilah diberi pengiktirafan oleh mahkamah. Walaubagaimanapun, pada pandangan penulis, skop undang-undang Islam yang dimaksudkan hasil dari penghakiman tersebut bukannya meliputi keseluruhan undang-undang Islam tetapi hanya meliputi persoalan tertentu sahaja melibatkan undang-undang diri dan prosedural sahaja.

Sejarah juga telah membuktikan Perjanjian Pangkor 1874 menjadi titik bermulanya penasihat British di Tanah Melayu secara rasmi. Pengaruh undang-undang Inggeris mula menular selepas pihak Inggeris memperkenalkan sistem penasihat British atau Residen melalui perjanjian dengan Sultan atau Raja di negeri Tanah Melayu. Penasihat Inggeris telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran kecuali dalam urusan agama Islam dan adat Melayu.Ini menyebabkan skop undang-undang Islam disempitkan sehingga agama Islam hanya diterima pakai dan tertumpu dalam hal-hal berkaitan kekeluargaan yang melibatkan persoalan prosedur dan pentadbiran sahaja.

                                                 Image result for UNDANG-UNDANG ISLAM SEBELUM MERDEKA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment