KEDUDUKAN ISLAM KINI


DARI UTUSAN ONLINE 
Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

KEKELIRUAN sering timbul apabila seseorang itu bercakap tentang Perlembagaan. Bukan sahaja di kalangan rakyat awam tetapi ada juga sesetengah golongan yang mempunyai latarbelakang perundangan masih keliru dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen undang-undang utama negara, ia tidak hanya harus dibaca secara tersurat tetapi apa yang tersirat juga memainkan fungsi yang penting di dalam memahami Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan ini sebenarnya mengabsahkan susun atur masyarakat sebelum kemerdekaan lagi. Ia bukan wujud secara kebetulan sahaja. Ia juga merupakan dokumen toleransi ansur antara kaum di Malaysia berdasarkan prinsip 'jus soli'.
Malah Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan ini menerima banyak memorandum daripada segenap lapisan masyarakat yang menyuarakan hak yang mereka inginkan dalam sebuah negara merdeka.
Selagi Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa, setiap rakyat Malaysia perlu menerima keluhuran Perlembagaan Persekutuan ini mengikut kerangka dan skema yang ada berdasarkan kepada tafsiran-tafsiran yang telah diputuskan oleh mahkamah dari masa ke semasa.
Sebelum Perlembagaan itu sendiri wujud, sebenarnya telah ada undang-undang, sama ada yang berkuatkuasa sebelum kedatangan penjajah ataupun yang digubal semasa penjajahan itu sendiri oleh pihak penjajah. Beberapa peruntukan yang khusus mengenai undang-undang Islam juga telah terlaksana di Tanah Melayu.
Sebagai contoh, Undang-Undang 99 Perak dengan tegas menyatakan jika didirikan hukum Quran dengan undang-undang di dalam negeri nescaya amanlah isi negeri. Malah barang siapa yang tidak mengikut hukum tersebut hendaklah di luar negeri atau di dalam hutan. Pemerintah pula hendaklah memakai al-Quran sebagai panduan dan kegagalan menggunakannya tidak boleh memerintah negeri.
Menurut pakar undang-undang Perlembagaan tanah air terdapat tujuh ciri asas yang menjadi tulang belakang perlembagaan itu sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu;
1. Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
2. Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan
3. Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan
4. Pengasingan kuasa eksekutif, parlimen dan kehakiman
5. Raja berperlembagaan
6. Demokrasi berparlimen
7. Badan kehakiman yang terpisah dari penguasaan parlimen dan eksekutif.
Ketujuh-tujuh ciri asas ini tidak boleh dihakis daripada Perlembagaan kerana ia akan merosakkan teras Perlembagaan itu sendiri. Malah ketujuh-tujuh ciri ini hendaklah dipertahankan satu persatu oleh semua pihak, sama ada pemimpin ataupun rakyat sendiri.
Sebarang usaha untuk menyahkan ciri asas ini akan dilihat sebagai menongkah arus dan membawa negara kepada kekacauan kerana kerangka Perlembagaan itu sendiri telah dipersetujui sejak dahulu lagi. Pemansuhan ciri asas ini perlulah mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat seperti Raja-Raja Melayu, Kerajaan dan 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment