PERKARA YANG ANDA LUPA ATAU BUAT-BUAT
LUPA TENTANG TANAH.
1. UNDANG-UNDANG.
Yes..first and
foremost, undang-undang tanah yang paling utama di Semenanjung Malaysia adalah
Kanun Tanah Negara (berkuatkuasa pada 1 Jan 1966 ). Kalau kita flashback sikit
tentang sistem pemegangan tanah di Malaysia, sebelum 1 Jan 1966, 11 buah negeri Semenanjung Malaysia ada 2
sistem pemegangan tanah yg berbeza.
Berbeza yg
bagaimana ?
Perhatikan
rajah di bawah untuk penjelasan lanjut.
As easy as ABC, maka kami buatkan penjelasan
tentang KTN secara lebih mudah menggunakan visual description. Tengok jangan
tak tengok, baca jangan tak baca : )
NAMA
|
MAKLUMAT
|
Digubal
§
berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang,Perak dan Selangor
sebelum 1 Januari 1966)
§ pada tahun 1963 dan dikuatkuasa pada 1 Januari 1966.
Tujuan
hapuskan sistem di
Pulau Pinang dan Melaka.
Kesan
kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung
mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1 Januari 1996 . Ini juga bererti
bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai
sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang
tanahnya sendiri).
|
Got It ? Simple sangat kan..hehehe. Penting
untuk kita tahu tentang KTN dan Akta KTN sebab ianya asas undang-undang tanah
negara kita. What if someday org asing tanya kita tentang sistem pentadbiran
tanah Malaysia dan kita masih blurr time tu?
MALU
LA. BENDA SIMPLE PUN TAK TAHU
2. SISTEM TORRENS
Awak semua nampak tak map kat atas ni ? Kalau yg belum tahu
lagi, Sistem Torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan
dengan mengambil sempena Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan dalam tahun1858.
Kemudiannya ia berkembang ke seluruh Australia dan kepada banyak
bahagian–bahagian lain dalam dunia. Hebat kan permainan dia ? Jauh merantau
sistem ini sebelum diperkenalkan di Malaysia.
By the way,
APAKAH PRINSIP DI BAWAH SISTEM INI ?
PRINSIP CERMIN + PRINSIP TABIR = SISTEM TORRENS
PRINSIP CERMIN
- mencerminkan dalam rekod apa-apa yang ada di atas tanah. Perkara-perkara yang dicerminkan termasuklah: Luas tanah, letakan : (No Lot, Mukim dan Daerah) , kategori tanah , syarat nyata / jenis bangunan dan sempadan.
- Dikanunkan oleh KTN 1965 melalui Seksyen 340.
- Apabila hakmilik didaftarkan, pihak pembeli akan perolehi hakmilik yg tidak boleh disangkal kecuali jika terdapat penipuan.
PRINSIP TABIR.
- Pembeli dapatkan maklumat berkenaan hakmilik hanya dari maklumat pendaftaran. Tidak perlu melihat disebelah tadbir atau tidak perlu dibuat siasatan siapa tuan tanah sebelumnya.
- KTN tidak mengiktiraf hakmilik ke atas tanah dgn cara pendudukan lama (adversed possession). Sungguhpun A telah menyewa tanah B selama lebih 10 tahun tahun, tidak bermakna B akn kehilangan haknya ke atas tanah itu hanya kerana A telah duduk begitu lama.
Kerana apa ?
Kerana tanah adalah sebahagian dari manusia yang sgt berharga :)
Bagaimana? Teruskan bacaan.
0 comments:
Post a Comment