PENJUALAN

PENJUALAN TANAH

Penjualan tanah ini dilakukan dengan cara membayar kembali segala upah buruh untuk mencerahkan tanah itu kembali kepada sipenjual. Pembayaran upah penat lelah sipenjual ini lebih dikenali sebagai pulang belanja. Pulang belanja ini hanyalah bagi tanah sawah atau ladang sahaja. Manakala, bagi tanah kebun atau tanah kampung yang bertanam dengan pokok buah-buahan, pulang belanja akan dinilai dengan memasukkan jumlah pokok buah-buahan atau rumah dan lain-lain keppentingan yang terdapat di atas tanah itu.

SEWAAN TANAH

Berkaitan dengan sewaan pula, sewaan boleh dilakukan dengan bayaran emas atau perak kepada tuan tanah. Kalau ada perjanjian atau sebarang urus sewaan selain daripada bayaran emas dan perak, sewaan itu tidaklah sah. Namun, sekiranya tidak ada emas atau perak sipenyewa boleh menyewa tanah itu dengan cara memberi makanan kepada tuan tanah itu dan ini dianggap sah.

GADAIAN TANAH

Bagaimana pula apabila melibatkan gadaian? Gadaian melibatkan dua jenis gadaian yang dilaksanakan iaitu gadaian biasa dan gadaian yang berbetuk jualbeli. Gadaian biasa ini  berbentuk perjanjian antara pemberi pinjaman dan peminjam. Orang yang memberi pinjaman akan menguasai tanah itu sedangkan peminjam iaitu tuan tanah bertukar sifat sebagai penyewa. Hasil yang diperolehi daripada tanah itu akan dibahagikan sama banyak sebagai faedah kepada pinjaman yang diberikan.

JUALJANJI 

Manakala jualjanji pula lebih berbentuk penjualan iaitu peminjam akan menjualkan hakmiliknya kepada pemberi pinjaman dengan kadar faedah yang tertentu untuk masa yang dipersetujui. Malahan, peminjam boleh mengusahakan tanah itu dengan membayar sewanya. Tanah itu boleh diambil kembali oleh peminjam setelah hutang dibayar. Tetapi sekiranya ia gagal menjelaskan hutangnya dalam tempoh masa yang dipersetujui, tanah itu akan menjadi milik pemberi pinjaman secara sah.

PENTADBIRAN TANAH

Berhubung dengan kekuasaan hakmilik dan  pentadbiran tanah bagi masyarakat melayu tradisional, rajalah yang bersifat tuanpunya kesemua tanah, sedangkan rakyat hanya diberi hak untuk mengerjakan tanah itu sahaja. Hak rakyat untuk menebang dan membersihkan sesuatu kawasan itu bergantung kepada kebenaran raja dan secara langsung bermakna rakyat tidak mempunyai sebarang kuasa yang mjlak ke atas tanah yang mereka duduki.

CUKAI TANAH

Undang-undang adat tanah menetapkan bahawa 1/10 daripada hasil bijirin yang diperolehi mestilah diberikan kepada raja sebagai cukai. Sesiapa yang engkar atau melanggar undang-undang adat ini akan menerima akibat buruk iaitu harta atau tanahnya mungkin dirampas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAKMILIK

HAKMILIK TANAH


Pada hari ini, apabila disebut berkaitan hakmilik tanah, semua akan beranggapan bahawa hakmilik tanah adalah geran tanah. Adakah ianya benar atau tidak ? Jadi mari luangkan masa anda untuk membaca artikel ini.

Undang-undang adat tanah telah menjelaskan berkaitan hakmilik tanah bahawa hak seseorang keatas tanah adalah bergantung kepada siapa yang meroka, menebas, membersih dan mengerjakan tanah itu, dengan syarat tanah itu tidak diduduki oleh sesiapa lagi. Hal ini dimana, sekiranya sesiapa yang mengusahakan tanah yang ditinggalkan iaitu tanah mati, hakmilik tanah itu akan terpulang kepadanya.

 Sebagai contoh bagi tanah bendang yang ditanami dengan padi, undang-undang adat tanah menetapkan bahawa dalam masa tiga(3) tahun untuk menentukan samada hidup atau tanah mati. Malahan, sekiranya tanah itu tidak dikerjakan selepas tiga (3) tahun maka ia akan menjadi tanah mati. Dengan itu, terpulanglah kepada raja, pembesar atau penghulu dikawasan itu untuk memberikan tanah atau sawah itu kepada orang lain.

Namun, hal ini berlainan dengan tanah kebun dimana tanah kebun yang ditanami dengan pokok buah-buahan, sekiranya tanah kebun itu ditinggalkan, hakmilik tanah itu boleh dituntut kembali oleh pemiliknya atau waris-warisnya jika pokok yang ditanamnya masih hidup.

Sebenarnya konsep hakmilik tanah bagi masyarakat melayu tradisional tidak begitu komplek. Hal ini kerana, jumlah keluasan tanah yang diusahakan pada masa itu masih luas sedangkan penduduk pada masa itu tidak ramai.

 Malahan, keadaan ini juga telah menyebabkan urusniaga tanah dijalankan dalam bentuk yang mudah. Oleh itu, penyewaan, penjualan atau gadaian tanah dilakukan tanapa sebarang dokumen bertulis justeru hanya menggunakan perjanjian mulut yang berdasarkan kejujuran dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADAT TEMENGGUNG

Adat temenggung merupakan undang undang menteri perang dan polis. Ia juga dikenali sebagai undang undang adat laut.  Ia berasal daripada Palembang Sumatera. Menurut Winstedt adat temenggung bercampur dengan kesan kesan undang undang hindu  dan disadur dengan undang undang islam. Didalam digest of laws mengatakan bahawa  peraturan adat temenggung telah wujud dari abad 15- hingga ke 19

Ciri ciri adat temenggung adalah:-
1.        Undang undang tidak bertulis

2.       Adat autokratik
prinsip umunya disusun oleh seorang ketua melayu ( dato’ temenggong) di bawah pengaruh kerajaan melayu hindu Palembang, dan disokong oleh putera putera raja melayu. Perlembagaan dan kehakiman yang diserahkan kepada sekumpulan orang yang mengikut hierarki berikut:





3.      Sistem patrilineal
Perkaitan antara keluarga sebelah bapa

4.      Undang undang am
Pembahagia harta sepencarian:-
·         Jika penceraian itu adalah atas permintaan suami dan bukan atas keburukan si isteri, maka si suami mesdti menyediakan nafkah selama tiga bulan dan harta sepencarian akan dibahagi
·         Jika penceraian berlaku atas sebab keburukan si isteri, maka isteri akan hilang tempat tinggal sahaja.
Contoh kes;-
Banyak  timbulnya masalah bagaimana harta dibahagi? Pada awalnya harta tersebut dibahagi tiga bahagian, dua bahagian untuk suami dan satu bahagian untuk isteri. Kemudian, melalui kes Rasim Vs Neman isteri diberikan satu per dua bahagian walaupun perceraiannya disebabkan kecurangan si isteri.
Seterusnya di Selangor, harta sepencarian dianggap harta sharika  dan diputuskan dalam kes Laton vs Ramah bahawa isteri mendapat 1 per 4 daripada harta sepencarian. Disebabkan banyak masalah berlaku terhadap pembahagian harta maka, akhirnya diputuskan oleh makhamah kathi dan makhamah sivil didalam kes Robert vs Ummi kathom bahawa;
·         Harta sepencarian adalah perkara adat melayu
·         Harta yang didapati semasa perkahwinan dianggap harta sepencarian tetapi anggapn ini boleh disangkal
·         Seorang suami yang beragama islam boleh menuntut satu per dua harta sepencarian walaupun harta tersebut didaftar atas nama isterinya dan peruntukan kanun tanah negara mengenai indefeasibilty adalah tidak terpakai kepada harta sepencarian.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JENIS TANAH

Anda mungkin berfikir tajuk yang akan dihuraikan nanti iaitu jenis tanah adalah jenis-jenis tanah yang terdapat di muka bumi ini seperti tanah gambut, tanah laterit, tanah pasir serta sebagainya dan beranggapan bahawa ianya suatu tajuk yang tidak penting. Bahkan, saya sendiri pada dahulunya berfikiran begitu juga. Namun, setelah saya mempelajari mengenai undang-undang adat tanah, iainya terbahagi kepada dua bahagian iaitu tanah hidup dan tanah mati.

Tanah hidup ini adalah bererti tanah yang diduduki, diusahakan ataupun tanah yang tidak diduduki tetapi ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa tanah masih digunakan. 

Tanah mati pula dikenali sebagai tanah yang ditinggalkan, tidak diduduki dan tidak ada sebarang tanda yang tanah itu digunakan. Oleh itu, tanah mati juga termasuklah tanah-tanah hutan atau tanah yang pernah dikerjakan tetapi ditinggalkan menjadi tanah hutan semula.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERKARA YANG ANDA LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA TENTANG TANAH.
1.   UNDANG-UNDANG.
Yes..first and foremost, undang-undang tanah yang paling utama di Semenanjung Malaysia adalah Kanun Tanah Negara (berkuatkuasa pada 1 Jan 1966 ). Kalau kita flashback sikit tentang sistem pemegangan tanah di Malaysia, sebelum 1 Jan 1966,  11 buah negeri Semenanjung Malaysia ada 2 sistem pemegangan tanah yg berbeza.
Berbeza yg bagaimana ?
Perhatikan rajah di bawah untuk penjelasan lanjut.
 

As easy as ABC, maka kami buatkan penjelasan tentang KTN secara lebih mudah menggunakan visual description. Tengok jangan tak tengok, baca jangan tak baca : )
NAMA
MAKLUMAT

Digubal
§  berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang,Perak dan Selangor
sebelum 1 Januari 1966)
§  pada tahun 1963 dan dikuatkuasa pada 1 Januari 1966.

Tujuan
hapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka.

Kesan
kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1 Januari 1996 . Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri).


Got It ? Simple sangat kan..hehehe. Penting untuk kita tahu tentang KTN dan Akta KTN sebab ianya asas undang-undang tanah negara kita. What if someday org asing tanya kita tentang sistem pentadbiran tanah Malaysia dan kita masih blurr time tu?
MALU LA. BENDA SIMPLE PUN TAK TAHU

2.  SISTEM TORRENS

Awak semua nampak tak map kat atas ni ? Kalau yg belum tahu lagi, Sistem Torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan mengambil sempena Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan dalam tahun1858. Kemudiannya ia berkembang ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian–bahagian lain dalam dunia. Hebat kan permainan dia ? Jauh merantau sistem ini sebelum diperkenalkan di Malaysia.
By the way,
APAKAH PRINSIP DI BAWAH SISTEM INI ?
PRINSIP CERMIN  + PRINSIP TABIR = SISTEM TORRENS
PRINSIP CERMIN
  • mencerminkan dalam rekod apa-apa yang ada di atas tanah. Perkara-perkara yang dicerminkan termasuklah: Luas tanah, letakan : (No Lot, Mukim dan Daerah) , kategori tanah , syarat nyata / jenis bangunan dan sempadan.
  •  Dikanunkan oleh KTN 1965 melalui Seksyen 340.
  • Apabila hakmilik didaftarkan, pihak pembeli akan perolehi hakmilik yg tidak boleh disangkal kecuali jika terdapat penipuan.


PRINSIP TABIR.
  • Pembeli dapatkan maklumat berkenaan hakmilik hanya dari maklumat pendaftaran. Tidak perlu melihat disebelah tadbir atau tidak perlu dibuat siasatan siapa tuan tanah sebelumnya.
  • KTN tidak mengiktiraf hakmilik ke atas tanah dgn cara pendudukan lama (adversed possession). Sungguhpun A telah menyewa tanah B selama lebih 10 tahun tahun, tidak bermakna B akn kehilangan haknya ke atas tanah itu hanya kerana A telah duduk begitu lama.
Tidak ada benda yang senang di dalam dunia melainkan kita terus berusaha mendapatkannya. Kita semua boleh belajar untuk menyukai apa yang kita anggap asing dan tidak sesuai dengan diri kita dan contoh terbaik adalah mengenai sistem pentadbiran tanah. 
Kerana apa ?
Kerana tanah adalah sebahagian dari manusia yang sgt berharga :)

                                              Bagaimana? Teruskan bacaan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UNDANG-UNDANG ADAT TANAH





Apa itu undang-undang adat tanah?

Untuk maklumat anda semua, undang-undang adat tanah ini tidak pernah ditulis atau dibukukan pada zaman perlaksaannya. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan timbulnya beberapa kesukaran untuk membuat sebarang andaian mengenai keberkesaan undang-undang ini dari segi praktiknya bagi masyarakat melayu.

Malahan, kebanyakan maklumat yang diperolehi berdasarkan undang-undang adat yang digunakan adalah diperuntukkan dari satu generasi ke generasi yang lain secara lisan, iaitu dalam bentuk pribahasa, kiasan ataupun pantang larang.

Undang-undang harta tanah ini juga merangkumi tiga perkara iaitu jenis tanah, hakmilik serta perjualan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan Jenis Tanah, Hakmilik dan Perjualan, sila klik dan teruskan pembacaan anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UNDANG-UNDANG INGGERIS DI NEGERI-NEGERI MELAYU

APA ITU NEGERI MELAYU??

Negeri-negeri Melayu adalah sekumpulan sembilan buah negeri di Malaysia (semuanya terletak di Semenanjung Malaysia) yang mengamalkan dasar pewarisan. Pemerintah-pemerintah ini kebanyakkan menggunakan gelaran "sultan" kecuali Perlis (Raja) danNegeri Sembilan (Yang di-Pertuan Besar). Mereka semua ialah ketua bagi negeri masing-masing dan mempraktikkan dasar raja berperlembagaan. Kesemua mereka melantik Yang di-Pertuan Agong di kalangan mereka sendiri.

HA DAH TAU KAN APE ITU NEGERI-NEGERI MELAYU??? SO KITA BOLEH PROCEED TENTANG PENULISAN ENTRY NI TENTANG UNDANG-UNDANG INGGERIS DI  NEGERI-NEGERI MELAYU....


bagi negeri melay, undang-undang tanah inggeris buat pertama kalinya diperkenalkan di kerian , perak pada tahun 1875. mengikut peraturan ini tanah-tanah yang diduduki sebelum 13 julai 1874 diakui tertakluk di bawah undang-undang adat tanah. sesiapa yang menduduki mana-mana tanah selepas daripada tarikh itu akan dianggap sebagai menyewa tanah kerajaan. melalui peraturan ini juga sistem sewaan 999 tahun diperkenalkan dan setiap tuan tanah dikehendaki membayar cukai tanah yang tetap iaitu 30 sen seekar.

pada tahun 1879, satu undang-undang tanah menyeluruh bagi negeri perak diperkenalkan oleh W.E Maxwell semasa beliau menjadi penasihat residen perak. menurut peraturan ini sijil hak milik yanah akan dikeluarkan , tanah-tanah akan diukur dan cukai tanah akan ditetapkan.

sebenarnya pembentukan satu undang-undang tanah yang lebih kemas kini di negeri-negerimelayu adalah hasil usaha W.E Maxwell, undang-undang tanah yang dapat menjamin hakmllik yang kekal amatlah perlu kerana ia dapat menjamin hasil kerajaan melalui cukai tanah.

disamping itu, hakmilim menbikut pendaftaran ini memudahakan sebarang urusniaga tanah. sebab iilah maxwell mendesak kerajaan inggeris supaya undang-undang tanah yang sama untuk negeri-negeri melayu diwujudkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UNDAND-UNDANG INGGERIS

jom kita baca dan lihat apa itu undang-undang inggeris??? apa kaitan undang-undang inggeris dengan tanah?? macammana pelaksanaan undang-undang inggeris ini???

pembentukan undang-undang tanah di negeri-negeri melayu banyak berdasarkan kepada pengalaman pegawai-pegawai nggeris di negeri-negeri selat.bagaimanapun sebelum negeri-negeri melayu bersekutu dibentuk, peraturan berhubung dengan tanah ditiap-tiap negeri melayu tidaklah selaras kerana diwujudkan oleh residen mengikut budibicara masing-masing, sehinggalah selepas 1896 apabila usaha-usaha kerah pembentukan satu undang-undang tanah yang menyeluruh dijalankan.

ketika inggeris menduduki pulau pinang, fracis light telah diberikan kuasa menggunakan kebijaksanaannya untuk uruskan kaitan dengan tanah dan dia istiharkan bahawa siapa yang bersihkan tanah dialah tuan tanah tersebut.seterusnya berlaku pemberian surat perakuan kepada tuan tanah dianggap secara langsung sebagai pemilik. keadaan bertuar apabila fullerton menjadi gabenor yang menyediakan satu draf undang-undang tanah di pulau pinang.

undang yang dilaksanakan adalah:
- kuasa kerajaan kutip cukai tanah
- kuasa kerajaan untuk memiliki tanah kosong
- pemberian geran tanah
- penukaran hakmilik tanah

dimelaka sebelum inggeris ambilalih tiada masalah rumit tentang hak milik dan pungutan cukai. dengan ambil alih inggeris berlaku masalah untuk tentukan hakmilik tanah untuk tujuan pungutan cukai tanah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEDUDUKAN WANITA DALAM ADAT PERPATIH

Adat perpatih diasaskan oleh dua bersaudara iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Katamanggungan yang mempunyai pertalian sama ibu tetapi berlainan bapa.
Selain Negeri Sembilan, adat perpatih turut diamalkan di daerah Naning serta Alor Gajah di Melaka yang menggunakan sistem suku bercorak matrilineal.
Sistem suku tersebut mengambil garis keturunan sebelah ibu dan berbeza dengan adat Temenggung yang menitikberatkan keturunan sebelah bapa.
Jadi memandangkan adat perpatih menggunakan sistem matrilineal maka wanita mempunyai kedudukan tertentu dalam sistem ini.
Mengikut tradisi adat perpatih, perkahwinan terbahagi kepada norma perspektif dan preferential di mana norma perspektif ialah eksogami yang melarang seorang lelaki menikahi seorang perempuan dari sukunya sendiri atau sesuku.
Sementara norma preferential pula ialah melakukan perkahwinan silang pupu iaitu anak gadis abang atau adik lelaki ibu sendiri dengan anak gadis kakak atau adik perempuan ayah.
Perkahwinan silang pupu sering kali dilakukan terutama apabila tiadanya anak perempuan untuk meneruskan atau mengembangkan suku.
Ini juga berkait rapat dengan harta pusaka adat yang hanya boleh diwarisi oleh perempuan dari suku tersebut.
Dalam adat perpatih juga perkahwinan mewujudkan orang semenda iaitu lelaki yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan dan tempat semenda yang merupakan rumah tempat tinggal wanita tersebut bersama keluarganya.
Selain itu terdapat perbilangan yang melarang orang semenda mengahwini mana- mana wanita di Negeri Sembilan yang sesuku dengan isterinya.
Larangan tersebut jelas menunjukkan bagaimana adat perpatih memberi kedudukan yang istimewa kepada wanita Negeri Sembilan. Ini secara tidak langsung tidak menggalakkan poligami di kalangan lelaki yang berkahwin di Negeri Sembilan.
Sementara itu wanita dari segi perwarisan pusaka di bawah adat perpatih pula terbahagi kepada harta pusaka, harta dapatan, harta pembawa dan harta dari laki-bini (harta carian).
Menurut adat perpatih tanah pusaka hanya boleh diwarisi oleh wanita dalam sesuatu suku.
Begitu juga masyarakat luar sering kali salah faham tentang adat perpatih ini yang menganggap semua harta dimiliki oleh wanita dan lelaki tidak mempunyai sebarang hak terhadap harta jika ia berkahwin dengan wanita dengan Negeri Sembilan yang mengamalkan adat perpatih.
Sebenarnya hanya tanah adat sahaja yang terlibat sedangkan harta dari jenis yang lain boleh dimiliki oleh lelaki dan perempuan.
Harta dapatan pula adalah harta yang dimiliki oleh seorang wanita sewaktu dia berkahwin termasuk harta carian bujang, carian janda, harta sepencarian dan harta pusaka.
Manakala harta pembawa merupakan harta seorang lelaki yang dimiliki semasa dia masih bujang termasuk harta yang diperoleh daripada ibu bapanya atau yang dia beli sendiri.
Apabila dia meninggal dunia selepas dia berkahwin, harta ini kembali kepada saudara perempuan atau warisnya. Harta ini boleh dituntut oleh isteri dan anaknya jika ia mewariskan harta itu kepada mereka.
Harta carian suami isteri pula adalah harta yang diperoleh oleh suami isteri semasa mereka berkahwin dan jika berlaku perceraian, harta ini dibahagi sama rata.
Kesimpulannya, dalam adat perpatih wanita mempunyai kedudukan dan status yang telah ditentukan yang memberi pelindungan yang mencukupi.

SUMBER 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm#ixzz3sIqRG4bZ 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Undang-undang Islam Di Malaysia: Kemestian Untuk Memahaminya

MESTI RAMAI YANG TIDAK JELAS DAN KURANG FAHAM TENTANG UNDANG-UNDANG ISLAM DIMALAYSIA KERANA ADA BERLAKU BANYAK ERSELISUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN..... MELALUI PENULISAN INI KITA DAPAT MEMAHAMI DENGAN JELAS APA ITU UNDANG-UNDANG ISLAM YANG DIPRAKTUKKAN DI MALAYSIA......
Masih ada lagi yang mentafsir agama Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan tafsiran yang sempit; iaitu bersifat upacara dan istiadat sahaja. Kefahaman ini merujuk kepada penggunaan Islam dalam upacara-upacara rasmi seperti ucapan basmalah dan bacaan doa semasa upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Apabila Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, tanpa menafikan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, maka ia sewajarnya perlu diterjemahkan sebagai agama negara. Sekali gus agama Islam wajar menerima keistimewaan-keistimewaan tertentu dalam urusan-urusan kenegaraan dan pemerintahan. Sumpah Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan turut memberi pengukuhan bahawa agama Islam bukan sekadar berfungsi sebagai hiasan untuk upacara-upacara rasmi malahan juga sebagai teras undang-undang negara.

Kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan realiti hari ini sebagai reflleksi atau kesan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah. Ia termasuklah berhubung soal-soal yang berkaitan dengan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan sultan-sultan yang menjadi ketua agama Islam negeri-negeri.

Pelajaran sejarah diajar kepada murid-murid sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi melahirkan warganegara yang cintakan negara, berjiwa patriotik dan bersatu hati. Ia juga bertujuan untuk membentuk individu yang bersyukur terhadap nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang diraih selepas tamatnya fasa perjuangan yang menuntut pengorbanan darah dan air mata.

Namun malangnya selepas 53 tahun kemerdekaan, dan selepas 47 tahun Persekutuan Tanah Melayu diberi nama sebagai Malaysia, agama Islam sebagai agama Persekutuan masih tidak menerima pentafsiran yang sewajarnya. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa situasi yang malang ini antaranya adalah disebabkan rakyat Malaysia tidak memahami, malah mungkin juga sebenarnya tidak mengetahui langsung tentang latar belakang atau sejarah Undang-undang Islam di Tanah Melayu/Malaysia.

Selaras dengan perkara ini juga, pada pengamatan penulis, bukanlah tafsiran yang matang sekiranya pentafsiran terhadap Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bersumberkan hasil kajian perundangan sekadar dalam tempoh Tanah Melayu menerima campur tangan British dalam soal-soal pemerintahan dan pentadbiran. Ini kerana agama Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah agama Islam yang dibentuk semula oleh British, bahkan agama Islam tulen yang diterima oleh rakyat tempatan pada awal abad ke-14 di negeri Terengganu. Malah, kalangan sarjana sejarah tidak menolak kemungkinan negara ini menerima agama Islam lebih awal dari masa berkenaan.

Sehubungan perkara ini, apabila kerajaan Melayu Melaka menerima Islam, maka Hukum Kanun Melaka digubal dengan menjadikannya sebagai undang-undang kerajaan Melayu Melaka yang wajib dipatuhi oleh rakyat dan para pendatang pada masa itu. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang yang disusun oleh Hang Sidi Ahmad atas perintah Sultan Muhammad Syah dan disempurnakan semasa pemerintahan anakanda baginda, Sultan Muzaffar Syah.

Pengkanunannya berasaskan Undang-undang Islam mengikut pandangan Imam Shafii dan Imam Ahmad yang turut menyertakan adat-adat Melayu. Dan hukum atau undang-undang bertulis ini kemudiannya dijadikan sebagai rujukan dalam penggubalan undang-undang negeri seperti Johor, Perak dan Pahang. Dalam kurun ke-19, Sultan Pahang pada ketika itu memaklumkan kepada pihak British, kes pembunuhan seorang pendatang Cina, Goh Hui, akan diadili mengikut Undang-undang Pahang yang memperuntukkan qisas dan diyat.

Undang-undang Islam di Tanah Melayu berkembang dengan bentuk yang tersendiri apabila British meletakkan pengaruhnya secara dominan dalam sistem pentadbiran, kehakiman dan pemerintahan negara.

Dalam kes Re Omar bin Shaik Salleh lwn Mariambee, Hakim Jobling tanpa ragu-ragu mengumumkan bahawa Undang-undang Islam bukan sebahagian daripada undang-undang Singapura pada ketika itu. Walau bagaimanapun, sebaliknya Hakim Gordon Smith menyatakan bahawa Undang-undang Islam adalah sebahagian daripada undang-undang yang berkuat kuasa di Pahang pada awal tahun 1940-an dalam kes The Official Administration FMS lwn Magari Mohihiko. Begitu juga dalam kes Shaik Abdul Latif lwn Shaik Elias Bux, Re-Ismail Rentah dan Siti lwn Mohamed Nor, kanun perwarisan orang Islam telah diterima pakai di negeri-negeri Melayu.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun sesetengah hakim Inggeris menolak hukum Islam dalam membuat keputusan, tetapi ia tidak bermakna Undang-undang Islam pada ketika itu telah dimatikan fungsinya. Malah, sebahagian hakim Inggeris telah menjadikan Undang-undang Islam atau adat orang Melayu yang tidak bertentangan dengan hukum syarak sebagai asas kepada pertimbangan mereka untuk mencapai keputusan tertentu.

Ketidakseragaman yang berlaku ketika mengambil asas pertimbangan dalam penghakiman menunjukkan kebebasan sikap British ketika mencampuri urusan negara kita. Maka menjadi tanggungjawab kita pada hari ini untuk memurnikan semula tafsiran-tafsiran terhadap undang-undang negara. Pandangan yang mengatakan bahawa Tanah Melayu sebenarnya tidak dijajah tetapi lebih sebagai negara yang dilindungi (protected state) juga sewajarnya menjadi wacana negara yang perlu diberi perhatian kerana ia menyentuh secara langsung kedaulatan agama Islam. Pemurnian tidak akan berlaku dengan sempurna dan saksama melainkan setiap warganegara mempunyai pengetahuan dan benar-benar memahami sejarah Undang-undang Islam di Malaysia.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEDUDUKAN ISLAM KINI


DARI UTUSAN ONLINE 
Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

KEKELIRUAN sering timbul apabila seseorang itu bercakap tentang Perlembagaan. Bukan sahaja di kalangan rakyat awam tetapi ada juga sesetengah golongan yang mempunyai latarbelakang perundangan masih keliru dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen undang-undang utama negara, ia tidak hanya harus dibaca secara tersurat tetapi apa yang tersirat juga memainkan fungsi yang penting di dalam memahami Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan ini sebenarnya mengabsahkan susun atur masyarakat sebelum kemerdekaan lagi. Ia bukan wujud secara kebetulan sahaja. Ia juga merupakan dokumen toleransi ansur antara kaum di Malaysia berdasarkan prinsip 'jus soli'.
Malah Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan ini menerima banyak memorandum daripada segenap lapisan masyarakat yang menyuarakan hak yang mereka inginkan dalam sebuah negara merdeka.
Selagi Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa, setiap rakyat Malaysia perlu menerima keluhuran Perlembagaan Persekutuan ini mengikut kerangka dan skema yang ada berdasarkan kepada tafsiran-tafsiran yang telah diputuskan oleh mahkamah dari masa ke semasa.
Sebelum Perlembagaan itu sendiri wujud, sebenarnya telah ada undang-undang, sama ada yang berkuatkuasa sebelum kedatangan penjajah ataupun yang digubal semasa penjajahan itu sendiri oleh pihak penjajah. Beberapa peruntukan yang khusus mengenai undang-undang Islam juga telah terlaksana di Tanah Melayu.
Sebagai contoh, Undang-Undang 99 Perak dengan tegas menyatakan jika didirikan hukum Quran dengan undang-undang di dalam negeri nescaya amanlah isi negeri. Malah barang siapa yang tidak mengikut hukum tersebut hendaklah di luar negeri atau di dalam hutan. Pemerintah pula hendaklah memakai al-Quran sebagai panduan dan kegagalan menggunakannya tidak boleh memerintah negeri.
Menurut pakar undang-undang Perlembagaan tanah air terdapat tujuh ciri asas yang menjadi tulang belakang perlembagaan itu sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu;
1. Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
2. Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan
3. Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan
4. Pengasingan kuasa eksekutif, parlimen dan kehakiman
5. Raja berperlembagaan
6. Demokrasi berparlimen
7. Badan kehakiman yang terpisah dari penguasaan parlimen dan eksekutif.
Ketujuh-tujuh ciri asas ini tidak boleh dihakis daripada Perlembagaan kerana ia akan merosakkan teras Perlembagaan itu sendiri. Malah ketujuh-tujuh ciri ini hendaklah dipertahankan satu persatu oleh semua pihak, sama ada pemimpin ataupun rakyat sendiri.
Sebarang usaha untuk menyahkan ciri asas ini akan dilihat sebagai menongkah arus dan membawa negara kepada kekacauan kerana kerangka Perlembagaan itu sendiri telah dipersetujui sejak dahulu lagi. Pemansuhan ciri asas ini perlulah mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat seperti Raja-Raja Melayu, Kerajaan dan 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KESAN KEDATANGAN INGGERIS TERHADAP UNDANG-UNDANG ISLAM

Selepas Inggeris masuk ke Tanah Melayu, pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu telah memeterai beberapa perjanjian atau dipanggil triti. Dalam triti tersebut, diletakkan syarat bahawa Residen Inggeris dibenarkan datang dan memberi bantuan kepakaran dalam mentadbir urusan negara kepada pihak Sultan. Namun begitu residen tidak akan mencampuri urusan pentadbiran agama serta perlaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu.
Pada ketika itu urusan undang-undang mula dibahagikan kepada zon-zon yang terpisah. Undang-undang muamalat atau transaksi dianggap urusan keduniaan yang tidak berkait dengan Islam. Begitu juga urusan undang-undang jenayah dan sebagainya. Akhirnya yang dianggap urusan agama dan adat-istiadat hanya merujuk kepada urusan ibadah orang Islam dan juga urusan perkahwinan yang dipanggil ‘personal law’ serta beberapa kesalahan yang melibatkan hukum agama yang khusus seperti tidak berpuasa dan sebagainya.
Dalam tulisan seorang pengkaji Barat iatu MB Hooker, beliau menulis selepas menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786, Inggeris telah berusaha bersungguh-sungguh membawa undang-undang mereka ke sini. Mereka menubuhkan mahkamah dan melantik hakim-hakim yang mahir dengan Undang-undang Inggeris untuk bertugas dan mengadili kes-kes di Tanah Melayu. Perkara yang sama berlaku di Singapura dan di negeri Melaka (yang dipanggil ketika itu sebagai Negeri-negeri Selat).
Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam yang dipanggil Charters of Justice (Piagam Keadilan Pertama) pada tahun 1807, (Piagam Keadilan Kedua) pada tahun 1826 dan (Piagam Keadilan Ketiga) pada tahun 1885. Semua ini bertujuan untuk mengangkat taraf Undang-undang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta menyisihkan Undang-undang Islam yang dulunya diamalkan sebagai undang-undang tempatan.
                                                   Image result for KEDATANGAN INGGERIS KEPADA UNDANG-UNDANG ISLAM
Campur tangan secara langsung terhadap urusan kekeluargaan orang Islam di Tanah Melayu juga telah berlaku pada tahun 1880. Inggeris telah memperkenalkan satu Ordinan yang dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance no. 5, 1880). Ordinan ini digubal dengan tujuan untuk menetapkan sejauh mana Undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf oleh mahkamah.
Dengan terlaksananya Ordinan ini juga, maka cita-cita dan usaha British untuk memisahkan di antara urusan sivil dan urusan keagamaan yang telah dirancang semenjak kedatangannya ke Tanah Melayu telah mula terzahir dengan begitu jelas. Apa yang berlaku menunjukkan Inggeris telah campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan juga adat-istiadat Melayu.
Dalam Ordinan ini, perkara mengenai pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang Islam, pengiktirafan kepada kedudukan Kadi dan peraturan terhadap harta perempuan yang berkahwin telah diperuntukkan. Ordinan tersebut telah mengalami beberapa pindaan pada tahun 1894, 1902, 1908, 1909 dan juga pada tahun 1917. Dalam pindaan tersebut, British telah membuat peruntukan yang menyentuh secara terbuka tentang Undang-undang Keluarga Islam. Ordinan ini dan pindaannya telah digubal kembali dan disebut Ordinan No. 26 tahun 1920 dan seterusnya dipinda lagi pada tahun 1923 dan 1934 sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam Chapter 57 of the Revised Laws of the Straits Settlement, 1936.

Begitu juga bagi Negeri-negeri Tidak Bersekutu pula iaitu negeri Kedah, Johor dan Kelantan, diperkenalkan kod undang-undang yang dipanggil Kedah, Mohammedan Marriages (Separation) Enactment 1913, 1932, atau dikenali sebagai Undang-undang Syiqaq 1332H (1913M) dan juga Syariah Court Enactment No. 109/1934.. Manakala bagi penduduk Kelantan pula dikuatkuasakan satu kod undang-undang yang dipanggil Notis Fasal Orang Islam Berkehendakkan Berbini Dua, Tiga dan Empat 1914 yang kemudiannya ditambah dengan kod The Notice On Matters Relating to Marriage, Divorce, Recohabition and Ta’lik 1915. Kod lain turut diperkenalkan pada tahun 1919 iaitu Muhammadan Division of Property between Husband and Wife of 1919.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA ERA KESULTANAN MELAYU

MESTI SEMUA TERTANYA MACAM MANA UDANG-UNDANG ISLAM PADA ZAMAN DAHULU SEBELUM MERDEKA?? JOM KITA BACA PENULISAN DIBAWAH INI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG UNDANG-UNDANG ISLAM SBELUM KEMERDEKAAN......

Adapun Islam mula bertapak di rantau nusantara kira-kira pada abad 13 dan di Melaka lewat satu kurun kemudian. Di zaman pemerintahan Melaka, suatu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka,telah diperkenalkan dan diterima pakai sebagai undang-undang Islam. Walaupun ia banyak merujuk kepada undang-undang adat dan bukannya semuanya Islam,namun ia sudah cukup untuk membuktikan undang-undang Islam berada di tahap tertinggi ketika itu.

Sebenarnya Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka merupakan hasil rujukan daripada teks Abu Shuja’ at-Tariq dan Fath al-Qarib oleh Ibn Qasin al-Ghazzi. Malah undang-undang ini juga dikatakan mengandungi perundangan Islam dan ianya terdiri daripada Undang-undang Melaka Asal, Undang-undang Laut, Undang-undang Keluarga dan Undang-undang Jual Beli. Di Perak, terdapat Undang-undang 99 Perak. Bagi negeri Terengganu, undang-undang Islam telah ditadbir dengan berkesan di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Bagi negeri Johor, Majallah Al-Ahkam dari Turki telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan dipakai di Johor. Malah pada akhir abad ke 19,Perlembagaan Johor melalui Artikel 2 menyatakan dengan jelas bahawa raja yang terpilih hendaklah bangsa Melayu berdarah raja,laki-laki dan beragama Islam.Malah agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi bagi Johor.

Boleh dinukilkan di sini bahawa sebelum penjajahan Inggeris, kuasa Sultan atau Raja adalah meliputi semua perkara termasuklah adat istiadat Melayu dan persoalan agama Islam. Didapati bahawa sebahagian kuasa pentadbiran ketika itu ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam di negeri masing-masing begitu juga dengan kuasa eksekutif juga ditangan mereka.

Melihat kepada bukti-bukti sejarah,memang menjadi kenyataan bahawa undang-undang Islam merupakan undang-undang utama di Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan dalam satu kes iaitu Sheikh Abdul Latif & Others lwn Shaikh Elias Bux, mahkamah memutuskan undang-undang yang terpakai kepada orang Islam pada masa itu adalah undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat tempatan. Dalam satu kes terpenting, Ramah lawn Laton, mahkamah semasa penjajahan Inggeris menerima hakikat bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang tempatan Tanah Melayu, malah undang-undang Islam mestilah diberi pengiktirafan oleh mahkamah. Walaubagaimanapun, pada pandangan penulis, skop undang-undang Islam yang dimaksudkan hasil dari penghakiman tersebut bukannya meliputi keseluruhan undang-undang Islam tetapi hanya meliputi persoalan tertentu sahaja melibatkan undang-undang diri dan prosedural sahaja.

Sejarah juga telah membuktikan Perjanjian Pangkor 1874 menjadi titik bermulanya penasihat British di Tanah Melayu secara rasmi. Pengaruh undang-undang Inggeris mula menular selepas pihak Inggeris memperkenalkan sistem penasihat British atau Residen melalui perjanjian dengan Sultan atau Raja di negeri Tanah Melayu. Penasihat Inggeris telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran kecuali dalam urusan agama Islam dan adat Melayu.Ini menyebabkan skop undang-undang Islam disempitkan sehingga agama Islam hanya diterima pakai dan tertumpu dalam hal-hal berkaitan kekeluargaan yang melibatkan persoalan prosedur dan pentadbiran sahaja.

                                                 Image result for UNDANG-UNDANG ISLAM SEBELUM MERDEKA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERKAHWINAN ADAT PERPATIH



VIDEO DI ATAS MENUNJUKKAN ADAT PERKAHWINAN MELAYU DI NEGERI SEMBILAN 




VIDEO INI MENERANGKAN CARA CARA DAN ADAT PERKAHWINAN DALAM ADAT PERPATIH 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS