Post sebelum ini sudah diberitahu apa itu ismen. Oleh itu
post kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang jenis- jenis ismen.
Sungguhpun terdapat berbagai jenis ismen yang boleh diwujudkan tetapi tuanpunya
tanah tidak boleh mewujudkan apa-apa jenis ismen yang dia suka atas tanahnya.
Pembentukan
ismen itu mestilah mengikut undang-undang tanah KTN 1965. Antara contoh ismen
yang telah diiktiraf oleh undang-undang ialah:
1)
Hak lalulalang
keatas tanah kepunyaan orang lain
2)
Hak untuk melakukan
sesuatu keatas tanah orang lain iaitu diruang udaranya misalnya talian talifon
3)
Hak untuk membina
rumah dengan sebahagian dari rumah itu memasuki tanah kepunyaan orang lain
4)
Hak untuk mengangkat
air melalui saluran paip air melalui tanah orang lain
5)
Hak untuk membuat
parit melalui tanah orang ain
6)
Hak untuk meletakkan
papan tanda keatas bangunan kepunyaan orang lain
7)
Hak untuk melalui
tanah orang lain untuk mengambil air dari sungai
8)
Hak kepada
pengntungan atas tanah dalam keadaan aslinya oleh mana-mana tanah disebelahnya
9)
Hak untuk
mendapatkan cahaya
Ismen hak lalulalang dipanggil ismen positif kerana
memberi hak kepada seseorang yang lain mekukan sesutau keatas tanah kepunyaan
orang lain. Jika tidak ada pemberian ismen ia dianggap pencerobohan.
Ismen seperti hak kepada pergantungan atas tanah dalam
keadaan aslinya dan hak untuk mendapatkan cahaya di sebut ismen negative. Ini
kerana ia tidak memberi kepada tuan tanah menanggung untuk melakukan sesuatu
keatas tanah menanggung.
5 comments:
Thank you, jika ada perkara hendak ditanya, bolehlah komen ye...
Urm..sya nak Tanya tentang ismen nie..sbb sy pun kurang faham..haha..sya nak tanya tentang mcam Mana nak tamat kan ismen?
betul ke menggunakan borang 17A. tapi borang ini tiada untuk di download. Boleh tak admin sertakan borang 17A ini di sini?
ismen pemberian hak lalu lalang dengan menukar tanah dengan keluasan yg sama antara pemohon n tuan tanah boleh ke tn?
Bolehkah buat ismen..jika tuan punya tanah tidak besetuju dan tidak membenarkan untuk lalu lalang..
Post a Comment