Entri kali ini adalah Bahagian 3 Ismen. Menariknya tentang bahagian ini adalah ia menerangkan tentang ciri-ciri ismen serta kes mahkamah, penamatan ismen dan apa yang dimaksudkan dengan ismen lalu lalang. Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut, teruskan pembacaan : )

CIRI-CIRI ISMEN.
 KTN tidak memperuntukkan apakah ciri-ciri ismen. Jadi, rujukan dibuat merujuk kepada buku Chelsire. Di dalam buku ini, telah dicatatkan bahawa terdapat 4 ciri utama ismen 
  1. Ia mestilah mempunyai tanah menguasai dan tanah menanggung (dominant land and servient land)
  2.  Ia mestilah bersesuaian (accommodate) dgn tanah menguasai : Ia mesti menguntungkan tanah menguasai tetapi tak beri milikan eksklusif dan Ia mestilah dekat (tanah menguasai mestilah berdekatan utk membolehkan tanah menanggung beri keuntungan kpd tanah menguasai.
  3. Tuanpunya tanah menguasai dan tuanpunya tanah menanggung mestilah terdiri drpd org berlainan.
  4. Hak yg diberikan mestilah berupaya utk membentuk perkara subjek pemberian ismen itu. Keputusan dlm kes Datin Siti Hajar v Murugaseh (1970)2 MLJ 153, menjelaskan dlm pemberian ismen mestilah ; hak ismen diberikan tepat dan ismen mestilah mempunyai org yg memberi dan org yg menerima.

Kemudian, kita akan melihat tentang bagaimana penamatan ismen oleh tuanpunya tanah berlaku. Bagaimana?
1)  Cara pelepasan pada bila2 masa oleh tuanpunya tanah menguasai-dilaksanakan dgn suatu instrument ats Borang 17C & ismen itu terhenti drpd wujud pada tarikh instrument didaftar. Namun begitu, jika tnh menguasai tertakluk pada pajakan , pemegang gadaian atau penyewa ats tanah mestilah beri keizinan utk pelepasan itu dan keizinan itu hendaklah diberi bersama dgn instrumen itu.
2)   Pembatalan ismen dgn cara pencantuman hakmilik dan milikan.
§  Apabila tuanpunya tanah menguasai & tuanpunya tanah menanggung menyatukan hakmilik atau milikan mereka, ismen akan berakhir krna seseorang itu tak boleh mempunyai ismen atas tanahnya sendiri.
§  Rujuk Seksyen 290 KTN mengenai peruntukkan bahawa ismen hendaklah dihapuskan dgn kuatkuasa undang2 jika pada bila-bila masa semua syarat di bwh dipenuhi :
  1. Tanah menguasai & tanah menanggung adlh terletak hak kepada tuanpunya tnh yg sama.
  2. Tiada pemegang pajakan, penyewa atau pemegang gadaian berhak utk dapat faedah drpdnya.
  3. Tanah menanggung atau mana2 bhgian darinya yg menikmati ismen itu tertakluk kpd mana2 pajakan & tidak diduduki oleh mana2 pemegang gadaian.


3      3)  Pembatalan ismen oleh pendaftar 
  • KTN memberi kuasa kpd Pendaftar utk membatalkan pendaftaran mana2 ismen ats sebab berikut :
  •  Ia telah dihapuskan dgn kuatkuasa undg2
  •  Tempoh ismen telah tamat atau peristiwa yg jika berlaku yg akan menamatkan ismen telah berlaku.
  • Ismen telah ditinggalkan.
  •  Ismen telah using dan pembatalannya tidak akan menjejaskan mana2 org yg berhak utk dpaat faedah darinya.
  • Dalam keadaan di ats pendaftar boleh membatalkan pendaftaran ismen sama ada olehnya sendiri atau ats permohonan oleh tuan punya tanah tnh menanggung.
  • Prosedur utk membatalkan hendaklah mematuhi seksyen 315 KTN.


ISMEN LALULALANG.
Yang terakhir dalam tajuk ini adalah mengenai Ismen LaluLalang. Apakah itu ismen lalulalang? Hmm..mari kita lihat secara ringkas ye..
Definisi : hak untuk berjalan kaki atau hak lalulalang kenderaan.

Orang yg diberikan hak ismen sedemikian hendaklah menguatkuasakan tanpa menggunakan haiwan atau kenderaan.

gambar kat bawah ni adalah contoh ismen lalulalang






Maka dengan gambar ini berakhirlah tajuk ismen bahagian terakhir. In sha Allah sekiranya terdapat cadangan dan perkongsian pada masa akan datang kami akan menulis lagi di blog ini. Akhir kata, pucuk paku pucuk selasih jumpa lagi sekian terima kasih. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment