SEKATAN KEATAS KUASA TUANPUNYA UNTUK MEMBERI ISMEN



Hai hai….entry kali ini admin mengupas serba sedikit  tentang sekatan keatas kuasa tuanpunya untuk memberi ismen. Jom kita layan kupasan ini!!

Kuasa seorang tuanpunya tanah untuk memberi ismen hendaklah tertakluk kepada apa-apa larangan atau batasan yang dieknakan oleh akta ini atau mana undang-undang bertulis yang lain yang ada pada masa ini berkuatkuasa dan juga kepada apa-apa sekatan kepentingan yang mana tanah itu tertakluk.

            Pemberian ismen bagi tanah yang tertakluk kepada pajakan, sewaan atau gadaian hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan dari orang atau badan yang pada masa itu mendapat faedah daripada tanah itu.

            Persetujuan orang atau barang itu hendaklah ditandasetujukan dalam satu instrument dengan mana ismen itu diberi. Ismen berbalas sokong bagi dinding-kongsi boleh diberi oleh tuanpunya bersempadanan dan mestilah setelah mendapat persetujuan dari pengarah ukur.

            Fedah mana-mana ismen hendaklah dinikmati bukan sahaja oleh tuanpunya tanah menguasai dan pemegang-pemegang hakmilik kemudiannya tetapi juga oleh mana-mana pemegang pajakan atau penyewa tanah setakat mana yang ismen itu membenarkan mana-mana pemegang gadaian yang pada ketika itu menduduki tanah itu setakat mana keadaan ismen itu membenarkan

      Pemenang pajakan, penyewa atau pemegang gadaian hendaklah atas namanya sendiri untuk mengambil tindakan yang perlu untuk menguatkuasakan ismen itu.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

bolehkah pemilik asal tanah yang belum dijual memohon Ismen yang kemudiannya memidahankan hakmilik tanah tersebut kepada pemilik baru? adakah ismen tersebut turut luput?

Post a Comment