KES URUSNIAGA LIEN




KES BERKAITAN URUSNIAGA LIEN

Kes yang berhubung kait dengan urusniaga lien ini adalah seperti berikut:

Nallamal & Anor lwn Karuppan & Anor (1993) 3 MLJ 476

Dalam kes yang telah disebutkan seperti di atas, plaintif pertama yang merupakn pemunya berdaftar sebidang tanah telah meminjamkan suratan hakmilik tanah itu kepada  defenden pertama dengan kepercayaan bahawa beliau memerlukannya untuk membiayai kerja-kerja kontrak dan atas syarat bahawa suratan hakmilik itu dipulangkan kepada plaintif dalam satu atau dua bulan.
Defenden pertama kemudiannya telah membawa satu dokumen (D6) untuk dicap jari oleh plaintif pertama.
Defenden pertama telah menggunakan suratan hakmilik itu sebagai gadaian untuk satu pinjaman daripada defendan kedua dan defendan kedua telah  memasukkan suatu kaveat pemegang lien ke atas tanah itu.


Kes di atas merupakan salah satu kes  di mana plaintif tidak mengetahui tentang dokumen D6 dan membiarkan defendan pertama menggunakan fraud ke atasnya bagi kepentingan defendan pertama sendiri.
Jadi apa yang berlaku dan apa tindakan yang diambil oleh plaintif? Anda nak tahu? Jom kita kupas kes ini.


Plaintif telah membawa tindakan untuk :
a)    Satu pengisytiharan bahawa semua dokumen yang telah ditandatangani atau diletakkan cap jari oleh plaintif pertama adalah batal dan tidak sah.
b)   Bahawa semua catatan berkaitan dengan kaveat dengan kaveat pemegang lien yang dimasukkan  oleh defendan  kedua disingkir dan dikeluarkan dari rekod
c)    Kaveat pemegang lien itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah: dan
d)   Tanah itu dilepaskan oleh defendan kedua.
Plaintif menegaskan bahawa defendan pertama telah gagal mendedahkan tujuan sebenar untuk meminjam suratan hakmilik tersebut dan beliau telah memperolehi cap jari plaintif pertama dengan melakukan fraud, atau sebagai alternative, bahawa defendan pertama telah memperolehi suratan hakmilik melaui salah nyata.
Dalam pembelaanya, defendan pertama menegaskan bahawa beliau telahpun memberitahu plaintif bahawa  beliau memerlukan suratan hakmilik tersebut sebagai gaaian untuk satu pinjaman daripada bank.
Sementara itu, defendan kedua menegaskan bahawa tidak ada satu fraus yang dilakukan oleh sesiapa dalam kes ini dan walaupun ada, ia telah dilakukan oleh defendan pertama.



Jadi, apa yang mahkamah telah putuskan dalam kes ini? Apakah sebabnya? Kita akan lihat pada entri seterusnya. Nantikan entri terbaru dari kami.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment