PENGHAKIMAN KES


Entri kali ini adalah berkaitan dengan sambungan kepada lien di mana apakah yang telah diputuskan oleh mahkamah berkaitan dengan kes Nallammal & Anor lwn Karuppan & Anor (1993) 3 MLJ 476.
Mari teruskan bacaan anda sehingga ke ayat terakhir.


Hakim Lim Beng Choon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa defendan pertama memberitahu plaintif bahawa beliau ingin menggunakan suratan hakmilik tanah itu sebagai gadaian untuk pinjaman daripada defendan kedua.
Dengan itu defendan pertama telah melakukan fraud ke atas plaintif untuk mendapatkan suratan tanah itu dan melalui perbuatannya yang sengaja hendak memperdayakan plaintif, plaintif telah kehilangan kepunyaan dan milikan tanah itu.
Doktrin non est factum dengan jelas boleh digunakan oleh plaintif kerana:
a)    Plaintif pertama tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai kandungan D6 di atas di mana beliau telah mengecap jarinya.

b) ketiadaan pengetahuan ini mengakibatkannya memikir bahawa
 beliau telah menandatangani suatu dokumen yang di percayainya
 tidak akan mempunyai kesan undang – undang yang di wujudkan oleh D6.
c) tanpa mengetahuinya dan tanpa apa – apa kesalahan dilakukan olehnya,
 beliau telah mengecap jarinya pada D6 yang memudaratkan kepunyaannya dan milikan terhadap tanah itu.
Defendan pertama memang telah memperdayakan atau mendorongnya supaya mengecap jarinya pada D6.
Dengan membenarkan pliding non est factum terhadap defendan pertama, defendan pertama dengan itu TIDAK mempunyai sebarang
 hak di sisi undang – undang untuk menggunakan D6 sebagai gadaian untuk pinjaman dan membolehkan defendan kedua memasukkan kaveat pemegang lien ke atas tanah itu.
* huraian daripada fakta ini menerangkan bahawa
 plaintif ini tidak tahu akibat yang akan  berlaku daripada perjanjian tersebut
dan defendan pertama tidak ada hak menggunakan D6 tu sebagai gadaian.

Oleh kerana suratan hak milik tanah itu telah di perolehi oleh defendan pertama
 secara fraud atau salah nyata, pendepositan suratan hak milik itu tidak di wibawakan oleh plaintif pertama, pemunya tanah itu.
Tidak terdapat keterangan yang mencukupi tentang lien Torrens atau lien statutori
 yang di katakan telah  membuktikan bahawa suratan hak milik tanah itu telah di ambil dengan salah daripada plaintif pertama.
Sebaliknya plaintif telah membuktikan bahawa hak milik tanah itu telah di ambil dengan salah daripada plaintif pertama.
Dengan demikian, kaveat pemegang lien juga telah di masukkan
dengan salah ke atas tanah itu.
Defendan kedua tidak berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada defendan pertama
 dan oleh itu, tidak boleh menguatkuasakan gadaian itu.
Dengan itu, kaveat ke atas tanah tersebut di lepaskan dan kos untuk tindakan ini di tanggung oleh kedua – dua defendan. 

sekian sahaja entri pada kali ini mengenai lien...
kita nantikan entri seterusnya berkaitan tajuk yang baru..terima kasih sudi membaca blog kami... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment