PEMBERIAN ISMEN SECARA NYATA

hai semua...setelah mengetahui apa itu ismen dan jenis-jenis ismen melalui post yang terdahulu mesti semua orang nak tahu bagaimana cara pemberian ismen ini kan?? secara nyata ke tersirat?? jom kita baca entry kali ini yang menerang secara jelas tentang persoalan ini...

Menurut common law inggeris, pemberian ismen boleh dibuat secara tersirat. Tetapi melaLui KTN Seksyen 284 pemberian ismen mesti dibuat secara nyata.
            “tiada apa hak dalam bentuk sesuatu ismen boleh diperolehi dengan jalan kegunaan lama iaitu denagn apa-apa anggapan sesuatu pemberian daripada pengguna yang lama dan terganggu”

Seksyen 286: pemberian ismen samada untuk tempoh selamanya atau untuk suatu tempuh beberapa tahun hendaklah dilaksanakan dengan suatu instrument dalam borang 17 A.
Ismen mula wujud dan berkuatkuasa pada tarikh dan bila instrument didaftarkan. Sebarang   pemberian ismen bolehlah mengandungi perjanjian diantara tuatanah menguasai dan tanah menanggung untuk membayar atau mencarunkan kepada perbelanjaan untuk membina, menyenggara atau  membaiki apa-apa jalan, dinding, parit dan lain-lain yang menjadi oerkara penting dalam ismen dan boleh dilampirkan dalam boring 17A.

            Ini bermakna bahawa kedua-dua pihak iaitu tuanpunya tanah menanggung dan tuanpunya tanah menguasai akan menentukan siapakah yang berhak dan siapa yang bertanggungjawab membaiki apa-apa jalan dibawah ismen itu.

Contohnya jika A memberikan ismen dalam bentuk hak lalulalang kepada B dan A kemudiannya memindahkan tanah itu kepada C. C mestilah menerima hakikat bahawa terdapat hak lalulalang diatas tanahnya dan dia C tidak boleh menarik balik hal itu.

             Namun begitu, dalam hal ni undang-undang melindungi hak tuanpunya tanah menguasai jika tidak tanahnya tidak lagi berguna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment