APA ITU ISMEN??



Apa itu ismen? pasti anda pernah mendengar perkataan ismen kan.. tapi kurang faham apa sebenarnya ismen tu kan? Jadi jangan risau, harini admin akan menerangkan apa itu ismen.
Ismen sebenarnya “ apa apa hak yag diberikan oleh tuanpunya tanah kepada seseorang yang lain yang berupa satu kenikmatan yang berfaedah dari tanahnya” ( kanun tanah negara 282(1))
Jadi sebenarnya ismen bermaksud satu hak yang diberikan kepada orang lain untuk tujuan tertentu. Ismen juga boleh dikategorikan sbagai satu hak untuk menghalang orang lain dari menggunakan tanah itu untuk sesuatu tujuan atau keggunaan tertentu.

Tetapi menurut Garrow ismen  ialah:-
Satu hak undang undang yang diberikan kepada orang lain untuk menggunakannya untuk faedah ke atas tanah itu tetapi ia tidak mempunyai hak untuk memiliki tanah itu atau menggunakan tanah.
Tetapi menurut seksyen 282 (3) KTN, tanah yang mendapat faedah dari mana mana ismen yang diberi dikenali sebagai “ tanah menguasai” dan tanah tuanpunya yang memberi hak kepda seseorang yang lain dikenali sebagai “ tanah menanggung”.
Tanah yang menanggung apabila pecah sempadan atau pecah bahagi, maka faedah dimana ismen diberikan akan terhenti begitu sahaja.


Selalunya hak ismen ini diminta kerana tiada jalan lain untuk digunakan. Misalnya



* petak hijau ialah tapak kawasan rumah A (rumah berwarna putih), 
*rumah B ( rumah berwarna merah) 

jadi berdasarkan gambar diatas, rumah b terpaksa meminta ismen daripada rumah A kerana untuk lalu ke rumahnya, rumah b terpaksa melalui tanah milik rumah A dahulu. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment