ADA KE PERUNTUKAN KANUN TANAH NEGARA MENGENAI LIEN??

Peruntukan didalam KTN ada sebut mengenai lien.
Kalau korang tak caya, pergi bukak KTN Seksyen 281. Yang tak ada KTN tu ni baca bawah ni:-



Seksyen 281: perwujudan dan kesan , lien lien

1. Mana mana tuanpunya atau pemegang pajakan buat masa itu bolehlah mendepositkan dengan mana mana orang atau badan lain, sebagai sekuriti untuk suatu pinjaman, dokumen hakmilik 
keluarannya atau mengikut mana mana yang berkenaan, pajakan pendua, dan orang atau badan itu-

a) Bolehlah selepas itu memohon di bawah bab 1 bahagian Sembilan belas supaya dimasukkan satu kaveat pemegang lien, dan;

b) Hendaklah, setelah pemaukkan kaveat sedemikian, menjadi berhak kepada satu lien ke atas tanah atau pajakan itu. 

2. Jika sekiranya pemegang mana mana lien telah mendapat penghakiman untuk amaun yang genap kepadanya di bawahnya, maka hendaklah berhak untuk memohon kepada makhamah untuk, dan mendapat dengan serta merta , suatu perintah jualan bagi tanah atau pajakan itu.

3. Apa apa permhonan sedemikian hendaklah dibuat selaras dengan mana mana undang undang buat masa itu berkuatkusa yang berhubung dengan prosedur sivil; dan peruntukan –peruntukan seksyen 257 hinggan 259 dan seksyen 266 hinggan 269 hendaklah dipakai, mutatis, mutanddlis, di mana apa apa permohonan sedemikan telah dibuat sepertimana peruntukkan peruntukkan itu dipakai di mana seorang pemegang gadaian memohon untuk suatu perintah di bawah seksyen 256


4. Seorang pemegang lien hendaklah, atas permintaan bertulis daripada tuanpunta atau pemegang pajakan, dan dalam apa apa tempoh yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam permintaan itu, mengemukakan dokumen keluaran atau pjakan pendua dimana mana pejabat pendaftaran atau pejabat tanah yang dinyatakan bagi apa apa aksud untuk mana ia dikehendaki di bawah mana mana peruntukan akta ini. 

5. Kos kos yang dialami dengan erpatutan oleh mana mana pemegang lien dalam mematuhi apa apa permintaan sedemikian hendakalah kena bayar oleh tuanpunya atau pemegang pajakan atas tuntutan. 

6. Peruntukan peruntukan subseksyen(2) hingga (5) hendaklah dipakai kepada semua lien, sama ada diwujudkan sebelum atau selepas bermulanya akta ini. 







·        Jadi didalam seksyen 281 ini menerangkan bahawa apabila pemimjam mendepositkan dokumn hakmilik kepada pemberi pinjaman jadi pemberi pinjam akan memasukkan kaveat keatas pemegang lien.

·        Ketika memasukkan kaveat tersebut, pemberi pinjaman akan mempunyai lien terhadap tanah tersebut.


·        Sebenarnya tuuan kaveat ini diwujudkan untuk memberi keutaman kepadaa pemegang lien dari kepentingan kepentingan yang terkemudian. Misalnya untuk mengelakkan daripada dituduh sebagai pencuri .

·        Tetapi sebelum pemegang lien memohon perintah jualan, ia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan penghakiman dari makhamah atas jumlah wang yang terhutang kepadanya melalui saman hutang penghakiman 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment