JENIS-JENIS ISMEN


Post sebelum ini sudah diberitahu apa itu ismen. Oleh itu post kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang jenis- jenis ismen. Sungguhpun terdapat berbagai jenis ismen yang boleh diwujudkan tetapi tuanpunya tanah tidak boleh mewujudkan apa-apa jenis ismen yang dia suka atas tanahnya.

         Pembentukan ismen itu mestilah mengikut undang-undang tanah KTN 1965. Antara contoh ismen yang telah diiktiraf oleh undang-undang ialah:
1)      Hak lalulalang keatas tanah kepunyaan orang lain
2)      Hak untuk melakukan sesuatu keatas tanah orang lain iaitu diruang udaranya misalnya talian talifon
3)      Hak untuk membina rumah dengan sebahagian dari rumah itu memasuki tanah kepunyaan orang lain
4)      Hak untuk mengangkat air melalui saluran paip air melalui tanah orang lain
5)      Hak untuk membuat parit melalui tanah orang ain
6)      Hak untuk meletakkan papan tanda keatas bangunan kepunyaan orang lain
7)      Hak untuk melalui tanah orang lain untuk mengambil air dari sungai
8)      Hak kepada pengntungan atas tanah dalam keadaan aslinya oleh mana-mana tanah disebelahnya
9)      Hak untuk mendapatkan cahaya

Ismen hak lalulalang dipanggil ismen positif kerana memberi hak kepada seseorang yang lain mekukan sesutau keatas tanah kepunyaan orang lain. Jika tidak ada pemberian ismen ia dianggap pencerobohan.

       Ismen seperti hak kepada pergantungan atas tanah dalam keadaan aslinya dan hak untuk mendapatkan cahaya di sebut ismen negative. Ini kerana ia tidak memberi kepada tuan tanah menanggung untuk melakukan sesuatu keatas tanah menanggung.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Unknown said...

Thank you, jika ada perkara hendak ditanya, bolehlah komen ye...

Unknown said...

Urm..sya nak Tanya tentang ismen nie..sbb sy pun kurang faham..haha..sya nak tanya tentang mcam Mana nak tamat kan ismen?

Unknown said...

betul ke menggunakan borang 17A. tapi borang ini tiada untuk di download. Boleh tak admin sertakan borang 17A ini di sini?

rizwan said...

ismen pemberian hak lalu lalang dengan menukar tanah dengan keluasan yg sama antara pemohon n tuan tanah boleh ke tn?

Unknown said...

Bolehkah buat ismen..jika tuan punya tanah tidak besetuju dan tidak membenarkan untuk lalu lalang..

Post a Comment