assalamualaikum... hari ni admin akan meneruskan lagi dengan undang - undang adat iaitu berkaitan adat hindu dan adat cina...fokus hari ini pada 2 undang ini sahaja...mari kita lihat dengan lebih jauh berkaitan undang - undang ini....
Adat cina dan hindu
Adat ini di guna pakai di Malaysia dalam perkara berikut iaitu:-
- Perkahwinan
- Perceraianwarisan
- harta pusaka.
Dalam undang – undang adat yang lain menggunakan
mahkamah yang berasingan, tetapi TIDAK bagi undang adat cina dan hindu.
Ini bermaksud mahkamah yang di gunakan adalah SAMA iaitu
menggunakan mahkamah biasa melalui sistem peruundangan umum.
Undang adat cina dan hindu yang di guna pakai di
Malaysia mungkin berBEZA dari undang adat di Negara asal mereka kerana mungkinTERDAPAT UNDANG YANG DI MANSUHKAN seperti perkahwinan poligami
Adat Cina
Undang – undang adat cina berkenaan keluarga telah
di terima oleh mahkamah dan diperuntukkan dalam berbagai – bagai enakmen undang
– undang sivil.
Contoh kes:
The
Six Widows (1908) telah
memutuskan bahawa orang – orang cina mengamalkan poligami. Walaupun adat
cina berbeza dari segi loghat tutur kata
mereka, prinsip yang menentukan adat cina kepada semua orang cina adalah
mengikut kaum dan ia tidak menghiraukan agama dan tempat kediaman asal .
Mahkamah di dalam kes Dorothy Yee Yeng Nam lwn Lee Fah Kooi (1956) telah mengiktiraf
adat cina telah membentuk sesuatu yang dikenali sebagai undang – undang common
law tentang orang berbangsa cina.
Undang – undang adat cina yang terpakai di Sarawak ,
mahkamah Agung di dalam kes Chan Bee Neo
& Ors lwn Ee Siok Choo (1974) memutuskan bahawa adat cina bukan adat bumiputera menurut makna Ordinan Undang –
Undang Sarawak. Mahkamah memutuskan bahawa sebelum undang –undang adat cina di
iktirafkan di mahkamah, perlu ada perundangan langsung tentang adat – adat
tersebut.
Contohnya, dalam kes Chiew Boon Tong Lwn Goh Ah Pei & Lain – Lain (1956) iaitu
mahkamah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang tidak di daftarkan adalah
tidak sah. Menurut adat cina di Sarawak,
perkahwinan di kehendaki di daftarkan di bawah peruntukan Ordinan Perkahwinan
Cina.
Di sebabkan adat cina bukan adat bumiputera,
Mahkamah Bumiputera tidak mempunyai bidangkuasa dalam kes – kes tersebut. Ia
akan di dengar dalam mahkamah – mahkamah biasa dan lazimnya dalam Mahkamah
Tinggi.
Adat Hindu
Adat hindu ini telah di iktiraf oleh mahkamah di
dalam kes Pooto lwn Valee Uta Taven
(1883) iaitu berkenaan dengan hak milik harta yang berasingan untuk seorang
isteri telah digunakan.
Walaubagaimanapun, tidak terdapat satu undang –
undang yang sama yang boleh digunakan oleh orang – orang india yang beragama
Hindu. Ini adalah kerana kebanyakan orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu
adalah daripada India Selatan yang merujuk kepada orang tamil, telugu dan
malayali. Selebihnya terdiri daripada India dari Utara iaitu Sikh, Punjabi,
Pathan, Benggali, Gujarat dan Rajput.
Jurang perbezaan bertambah besar dari segi Bahasa
dan bangsa dengan adanya sistem kasta dan mengakibatkan pelbagai ragam upacara,
pendapat dan amalan agama di kalangan orang India di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment