Hai hai….entry kali ini admin mengupas serba sedikit tentang sekatan keatas kuasa tuanpunya untuk memberi ismen. Jom kita layan kupasan ini!!
Kuasa seorang tuanpunya tanah untuk
memberi ismen hendaklah tertakluk kepada apa-apa larangan atau batasan yang
dieknakan oleh akta ini atau mana undang-undang bertulis yang lain yang ada
pada masa ini berkuatkuasa dan juga kepada apa-apa sekatan kepentingan yang
mana tanah itu tertakluk.
Pemberian
ismen bagi tanah yang tertakluk kepada pajakan, sewaan atau gadaian hendaklah
terlebih dahulu mendapat persetujuan dari orang atau badan yang pada masa itu
mendapat faedah daripada tanah itu.
Persetujuan
orang atau barang itu hendaklah ditandasetujukan dalam satu instrument dengan
mana ismen itu diberi. Ismen berbalas sokong bagi dinding-kongsi boleh diberi
oleh tuanpunya bersempadanan dan mestilah setelah mendapat persetujuan dari
pengarah ukur.
Fedah
mana-mana ismen hendaklah dinikmati bukan sahaja oleh tuanpunya tanah menguasai
dan pemegang-pemegang hakmilik kemudiannya tetapi juga oleh mana-mana
pemegang pajakan atau penyewa tanah setakat mana yang ismen itu membenarkan mana-mana
pemegang gadaian yang pada ketika itu menduduki tanah itu setakat mana keadaan
ismen itu membenarkan
Pemenang
pajakan, penyewa atau pemegang gadaian hendaklah atas namanya sendiri untuk
mengambil tindakan yang perlu untuk menguatkuasakan ismen itu.
1 comments:
bolehkah pemilik asal tanah yang belum dijual memohon Ismen yang kemudiannya memidahankan hakmilik tanah tersebut kepada pemilik baru? adakah ismen tersebut turut luput?
Post a Comment