Entri
kali ini adalah berkaitan dengan sambungan kepada lien di mana apakah yang
telah diputuskan oleh mahkamah berkaitan dengan kes Nallammal
& Anor lwn Karuppan & Anor (1993) 3 MLJ 476.
Mari
teruskan bacaan anda sehingga ke ayat terakhir.
Hakim Lim Beng Choon
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa defendan pertama memberitahu
plaintif bahawa beliau ingin menggunakan suratan hakmilik tanah itu sebagai
gadaian untuk pinjaman daripada defendan kedua.
Dengan itu defendan
pertama telah melakukan fraud ke atas plaintif untuk mendapatkan suratan tanah
itu dan melalui perbuatannya yang sengaja hendak memperdayakan plaintif,
plaintif telah kehilangan kepunyaan dan milikan tanah itu.
Doktrin non est
factum dengan jelas boleh digunakan oleh plaintif kerana:
a)
Plaintif pertama tidak mempunyai
sebarang pengetahuan mengenai kandungan D6 di atas di mana beliau telah
mengecap jarinya.
b) ketiadaan pengetahuan ini
mengakibatkannya memikir bahawa
beliau telah menandatangani suatu dokumen yang
di percayainya
tidak akan mempunyai kesan undang – undang yang
di wujudkan oleh D6.
c) tanpa mengetahuinya dan tanpa
apa – apa kesalahan dilakukan olehnya,
beliau telah mengecap jarinya pada D6 yang
memudaratkan kepunyaannya dan milikan terhadap tanah itu.
Defendan pertama memang telah
memperdayakan atau mendorongnya supaya mengecap jarinya pada D6.
Dengan membenarkan pliding non est factum terhadap
defendan pertama, defendan pertama dengan itu TIDAK mempunyai sebarang
hak di sisi undang – undang untuk menggunakan
D6 sebagai gadaian untuk pinjaman dan membolehkan defendan kedua memasukkan
kaveat pemegang lien ke atas tanah itu.
* huraian daripada fakta ini
menerangkan bahawa
plaintif ini tidak tahu akibat yang akan berlaku daripada perjanjian tersebut
dan defendan pertama tidak ada
hak menggunakan D6 tu sebagai gadaian.
Oleh kerana suratan hak milik
tanah itu telah di perolehi oleh defendan pertama
secara fraud atau salah nyata, pendepositan
suratan hak milik itu tidak di wibawakan oleh plaintif pertama, pemunya tanah
itu.
Tidak terdapat keterangan yang
mencukupi tentang lien Torrens atau lien statutori
yang di katakan telah membuktikan bahawa suratan hak milik tanah itu
telah di ambil dengan salah daripada plaintif pertama.
Sebaliknya plaintif telah
membuktikan bahawa hak milik tanah itu telah di ambil dengan salah daripada
plaintif pertama.
Dengan demikian, kaveat pemegang
lien juga telah di masukkan
dengan salah ke atas tanah itu.
Defendan kedua tidak berada dalam
kedudukan yang lebih baik daripada defendan pertama
dan oleh itu, tidak boleh menguatkuasakan
gadaian itu.
Dengan itu, kaveat ke atas tanah
tersebut di lepaskan dan kos untuk tindakan ini di tanggung oleh kedua – dua defendan.
sekian sahaja entri pada kali ini mengenai lien...
kita nantikan entri seterusnya berkaitan tajuk yang baru..terima kasih sudi membaca blog kami... :)
0 comments:
Post a Comment