hai semua...setelah mengetahui apa itu ismen dan jenis-jenis ismen melalui post yang terdahulu mesti semua orang nak tahu bagaimana cara pemberian ismen ini kan?? secara nyata ke tersirat?? jom kita baca entry kali ini yang menerang secara jelas tentang persoalan ini...
Menurut
common law inggeris, pemberian ismen boleh dibuat secara tersirat. Tetapi
melaLui KTN Seksyen 284 pemberian ismen mesti dibuat secara
nyata.
“tiada apa hak dalam bentuk
sesuatu ismen boleh diperolehi dengan jalan kegunaan lama iaitu denagn apa-apa
anggapan sesuatu pemberian daripada pengguna yang lama dan terganggu”
Seksyen 286: pemberian ismen samada
untuk tempoh selamanya atau untuk suatu tempuh beberapa tahun hendaklah
dilaksanakan dengan suatu instrument dalam borang 17 A.
Ismen mula
wujud dan berkuatkuasa pada tarikh dan bila instrument didaftarkan.
Sebarang pemberian ismen bolehlah
mengandungi perjanjian diantara tuatanah menguasai dan tanah menanggung untuk
membayar atau mencarunkan kepada perbelanjaan untuk membina, menyenggara
atau membaiki apa-apa jalan, dinding,
parit dan lain-lain yang menjadi oerkara penting dalam ismen dan boleh
dilampirkan dalam boring 17A.
Ini bermakna bahawa kedua-dua pihak
iaitu tuanpunya tanah menanggung dan tuanpunya tanah menguasai akan menentukan siapakah
yang berhak dan siapa yang bertanggungjawab membaiki apa-apa jalan dibawah
ismen itu.
Contohnya
jika A memberikan ismen dalam bentuk hak lalulalang kepada B dan A kemudiannya
memindahkan tanah itu kepada C. C mestilah menerima hakikat bahawa terdapat hak
lalulalang diatas tanahnya dan dia C tidak boleh menarik balik hal itu.
Namun begitu, dalam hal ni undang-undang
melindungi hak tuanpunya tanah menguasai jika tidak tanahnya tidak lagi
berguna.
0 comments:
Post a Comment