KES BERKAITAN URUSNIAGA LIEN
Kes yang berhubung
kait dengan urusniaga lien ini adalah seperti berikut:
Nallamal
& Anor lwn Karuppan & Anor (1993) 3 MLJ 476
Dalam kes yang telah
disebutkan seperti di atas, plaintif pertama yang merupakn pemunya berdaftar
sebidang tanah telah meminjamkan suratan hakmilik tanah itu kepada defenden pertama dengan kepercayaan bahawa
beliau memerlukannya untuk membiayai kerja-kerja kontrak dan atas syarat bahawa
suratan hakmilik itu dipulangkan kepada plaintif dalam satu atau dua bulan.
Defenden pertama kemudiannya
telah membawa satu dokumen (D6) untuk dicap jari oleh plaintif pertama.
Defenden pertama
telah menggunakan suratan hakmilik itu sebagai gadaian untuk satu pinjaman
daripada defendan kedua dan defendan kedua telah memasukkan suatu kaveat pemegang lien ke atas
tanah itu.
Kes di atas merupakan salah satu kes di mana plaintif tidak mengetahui tentang
dokumen D6 dan membiarkan defendan pertama menggunakan fraud ke atasnya bagi
kepentingan defendan pertama sendiri.
Jadi apa yang berlaku dan apa tindakan yang diambil oleh
plaintif? Anda nak tahu? Jom kita kupas kes ini.
Plaintif telah membawa
tindakan untuk :
a)
Satu pengisytiharan bahawa semua
dokumen yang telah ditandatangani atau diletakkan cap jari oleh plaintif
pertama adalah batal dan tidak sah.
b)
Bahawa semua catatan berkaitan dengan
kaveat dengan kaveat pemegang lien yang dimasukkan oleh defendan
kedua disingkir dan dikeluarkan dari rekod
c)
Kaveat pemegang lien itu diisytiharkan
sebagai batal dan tidak sah: dan
d)
Tanah itu dilepaskan oleh defendan
kedua.
Plaintif menegaskan
bahawa defendan pertama telah gagal mendedahkan tujuan sebenar untuk meminjam
suratan hakmilik tersebut dan beliau telah memperolehi cap jari plaintif
pertama dengan melakukan fraud, atau sebagai alternative, bahawa defendan pertama
telah memperolehi suratan hakmilik melaui salah nyata.
Dalam pembelaanya,
defendan pertama menegaskan bahawa beliau telahpun memberitahu plaintif
bahawa beliau memerlukan suratan
hakmilik tersebut sebagai gaaian untuk satu pinjaman daripada bank.
Sementara itu,
defendan kedua menegaskan bahawa tidak ada satu fraus yang dilakukan oleh
sesiapa dalam kes ini dan walaupun ada, ia telah dilakukan oleh defendan
pertama.
Jadi, apa yang mahkamah
telah putuskan dalam kes ini? Apakah sebabnya? Kita akan lihat pada entri
seterusnya. Nantikan entri terbaru dari kami.
0 comments:
Post a Comment