Apa itu ismen? pasti anda pernah mendengar perkataan ismen kan.. tapi kurang faham apa sebenarnya ismen tu kan? Jadi jangan risau, harini admin akan menerangkan apa itu ismen.
Ismen sebenarnya “ apa apa
hak yag diberikan oleh tuanpunya tanah kepada seseorang yang lain yang berupa
satu kenikmatan yang berfaedah dari tanahnya” ( kanun tanah negara 282(1))
Jadi sebenarnya ismen
bermaksud satu hak yang diberikan kepada orang lain untuk tujuan tertentu. Ismen
juga boleh dikategorikan sbagai satu hak untuk menghalang orang lain dari
menggunakan tanah itu untuk sesuatu tujuan atau keggunaan tertentu.
Tetapi menurut Garrow
ismen ialah:-
Satu hak undang undang yang
diberikan kepada orang lain untuk menggunakannya untuk faedah ke atas tanah itu
tetapi ia tidak mempunyai hak untuk memiliki tanah itu atau menggunakan tanah.
Tetapi menurut seksyen 282 (3) KTN, tanah yang mendapat faedah
dari mana mana ismen yang diberi dikenali sebagai “ tanah menguasai” dan tanah tuanpunya yang memberi hak kepda
seseorang yang lain dikenali sebagai “ tanah
menanggung”.
Tanah yang menanggung
apabila pecah sempadan atau pecah bahagi, maka faedah dimana ismen diberikan
akan terhenti begitu sahaja.
Selalunya hak ismen ini
diminta kerana tiada jalan lain untuk digunakan. Misalnya
* petak hijau ialah tapak kawasan rumah A (rumah berwarna putih),
*rumah B ( rumah berwarna merah)
jadi berdasarkan gambar diatas, rumah b terpaksa meminta ismen daripada rumah A kerana untuk lalu ke rumahnya, rumah b terpaksa melalui tanah milik rumah A dahulu.
0 comments:
Post a Comment