UNDANG-UNDANG ISLAM

Penulisan ini akan menceritakan tentang undang-undang islam. Mesti semua tertanya-tanay bilakah undang islam mula bertapak di tanah melayu?? ApA itu undang-undang islam sebenarnya??

Islam mula bertapak di melayu pada kurun ke-15 dimana sebelum itu orang melayu dipengaruhi sedikit oleh unsur hindu. Setelah raja dan orang melayu memeluk islam, perubahan telah dibuat untuk ubahkan adat melayu kepada undang islam.

Dimelaka telah wujud undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal khusus kepada undang-undang islam. Ia merangkumi aspek jenayah, system ekonomi atau muamalat, kekeluargaan dan keterangan. Contoh undang-undang jenayah hukuman bagi orang membunuh orang islam yang lain adalah bunuh balas (qisas)

Dalm undang-undang Pahang pengaruh adat melayu semakin berkurangan dan adat-adat islam pada umumnya diikuti. Terdapat peuntukan berdasarkan undang-undang islam mengenai zina, fitnah, mencuri, meromapak dan lain-lain.

Rujuk kepada kes ramah lawan laton bahawa undang-undang islam bukanlah undang-undang asing, tetapi undang-undang tempatan.

                                                     Image result for UNDANG-UNDANG ISLAM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADAKAH SEMUA MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN MENGGUNAKAN ADAT PERPATIH??


video ini menerangkan menerangkan lebih mendalam asal usul 12 suku di dalam adat perpatih 


https://www.youtube.com/watch?v=D7Wjmhdsbp8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADAT PERPATIH

Adat perpatih 

                                    

tahukah anda, menurt R.O Winstedt, adat pepatih merupakan undang undang perdana menteri. ia berasal daripada masyarakat minangkabau di sumatera dan diamalakan oleh masyarakat melayu di negeri sembilan dan naning di melaka. 

terdapat 12 suku dalam sistem adat pepatih:-
  1. biduanda
  2. batu hampar
  3. seri melenggang
  4. tanah datar
  5. mungkal
  6. seri lemak
  7. tiga batu
  8. tiga nenek
  9. paiah kumbuh
  10. anak melaka
  11. anak aceh 
  12. batu belang 
adat perpatih terkenal dengan perbilangan yang menjadi sumber undang undang. ia mempunyai pertuntukan dalam perkara perkara berikut :-

  • pentadbiran dan perlembangaan
  • perkahwinan
  • anak angkat
  • harta carian laki bini dan pusaka
PENTADBIRAN DAN PERLEMBAGAAN 

susunan hieararki adat pepatih 



  • mamak- kuasa suku terletak di tangan mamak 
  • buapak- ketua perut ( dilantik oleh mamak)
  • ketua suku- lembaga ( dilantik oleh buapak)
  • ketua daerah - undang ( dilantik oleh lembaga)
  • ketua negeri- yang dipertuan besar.  ( dilantik oleh undang)
ANAK ANGKAT 

proses pengambilan anak angkat di bawah adat pepatih merupakan satu proses yang khas dan unik. Ia dikenali sebagai berkadim yang bermaksud saudara rapat dari sebelah ibu. ini bermaksud berkadim akan menjadikan seseorang itu yang merupakan saudara yang rapat dapat mewarisi harta pusaka adat. 

terdapat tiga jenis anak angkat iaitu;-

1. anak angkat secara sepenuhnya

Anak angkat secara sepenuhnya bermaksudnya berhubungan anak angkat dan ibu angkatnya seperti ibu kandung dan anak kandung, Jadi jika anak angkat tersebut merupakan perempuan, maka anak angkat tersebut layak mewarisi harta pusaka dan jika ia lelaki, beliau layak memegang jawatan adat.  

2. anak angkat terhad 
Hubungan diantara ibu dan anak wujud, tetapi hak mewarisi harta adalah terhad. 

3. anak angkat palsu
Anak angkat palsu terjadi apabila seseorang wanita mengambil anak angkat (wanita yang lain) untuk tinggal bersamanya membantunya dalam hal hal rumah tannga. jadi wanita yang diambil tidak mempunyai mendapat apa apa hak dalam mewarisi harta 


menurut adat pepatih sesiapa sahaja layak mengambil anak angkat dan tidak mempunyai had umur. 

dalam kes Res Siadus Dec, suami merupakan seorang anakbangsa cina dan telah dijadikan anak angkat dan upacara berkadim telah disaksikan oleh undang. si mati tidak mempunyai anak sendiri tetapi mempunyai dua adik perempuan. setelah kematiannya, salah satu dari adik perumpuannya telah menuntut harta pusakanya. dan telah diputuskan oleh pemungut hasil bahawa harta adatnya telah dibahagikan sama rata antara anak angka dan adik perempuannya. dan harta dapatannya diberikan kepada anak angkatnya.


HARTA 
di bawah adat perpatih, harta biasanya dibahagikan kepada:-

  • harta pusaka : harta yang tetap dalam tangan perempuan
  • harta pembawa: harta suami yang diperolehi sebelum berkahwin
  • harta dapatan:  harta isteri yang diperolehi sebelum berkahwin 
* harta dapatan dan harta pembawa mestilah diketahui oleh lembaga kedua pihak semasa perjanjian perkahwinan dibuat. ini kerana,jika berlakunya sebarang masalah mudah untuk membuat pembahagian harta harta tersebut. 

  • harta sepencarian: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri selepas perkahwinan mereka. prinsip umum tentang pembahagian harta sepencarian sebagaimana yang ditentukan oleh adat pepatih adalah:
" cari bahagi, 
dapatan tinggal,
pembawa kembali,
 sekutu belah, 
suarang berageh."

  1. carian bahagi ialah bermaksud harta sepencarian atau sebarang harta yang didapati semasa perkahwinan mestilah dibaagikan antara suami dan isteri bila bercerai.
  2. pembawa kembali bermaksud harta pembawa atau harta yang dibawa oleh suami ke rumh isterina adalah dikembalikan kepada si suami jika berlakunya penceraian atau dikembalikan kepada sukunya jika ia meninggal dunia. 
  3. dapatan tinggal ialah harta yang kepunyaan si isteri dan akan dapat kembali ke si isteri apabila penceraian atau kepada suku isterinya jika isterinya meninggal dunia. 
Selalunya harta sepencarian atau harta bersama akan dibahagi dua. ini dapat dilihat dalam kes Hasmah vs Abdul jalil. dalam kes ini pasangan tersebut telah berkahwin pada tahun 1950. Suaminya tidak mengistiharkan harta pembawa. pada tahun 1951 pasanagn tersebut telah membeli kereta yang berharga $2,500.00 dan digunakan sebagai sebuah teksi. selain itu, pasangan ini juga telah membeli dua bidang tanah dan diletakkan di bawah nama suami. manakala tanah ketiga telah dipindahmilik kepada isteri. suami mengistiharkan harta pembawa ialah bernilai $ 2,500.00. makhamah memutuskan yang suami berhak terhadap separuh daripada perbelanjaannya untuk membangunkan tanah tersebut. walaubagaimanapun, jika si suami membuat rumah keatas tanah isteri, maka ia dianggap harta pusaka dan akan menjadi milik isteri. jika isterinya meninggal dunia maka ia diberikan kepada anak perempuannya. 




** tulisan berwarna merah merupakan contoh kes 


RUJUKAN 
encik razani ab rahim, sumber sumber undang undang malaysia













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APAKAH UNDANG UNDANG YANG MASIH DIKUATKUASAKAN OLEH MAKHAMAH SYARIAH??

Tahukah anda, di malaysia barat, adat melayu merupakan satu satunya undang undang adat yang masih dikuatkuasakan oleh makhamah syariah sebagai sebahagian daripada undang undang islam atau adat pepatih di negeri sembilan yang dikuatkuasakan di makhamah adat.


Di Malaysia terdapat dua jenis undang undang adat melayu yang utama:-
  • adat pepatih 
  • adat temenggong
apakah maksud adat?

adat adalah undang undang tidak bertulis. Adat  merupakan perkataan bahasa arab  'ada' yang sama makna dengan 'urf'. dalam bahasa inggeris disebut sebagai custom

menurut Monir Yaacob, 'custom' melibatkan general behavior of people within community, it is the actual practice, rather than opinions or ideals of the members of the community,  Jadi dapat dilihat disini untuk menjadi suatu adat itu sah, ia mestilah  

  1. diamalkan oleh masyarakat umum 
  2. diamalakan dalam jangka masa yang lama dan berterusan dan konsisten
  3. sah, mengarah, munsabah, dan pasti 

untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan undang-undang adat, sila teruskan bacaan anda. Terima kasih.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UNDANG-UNDANG HARTA TANAH








Pengenalan.


Apakah maksud tanah kepada anda?

Tanah dilihat sebagai sawah padi, taman permainan,tanah perumahan. Malahan, tanah juga dilihat mengikut jenis seperti gambut,paya dan sebagainya.
Namun, tanah boleh dilihat dari segi dimensi lain sebagai penggunaan lestari, penggunaan yang optimum dan nilai.

Pengenalan Kepada Undang-Undang Tanah (Sejarah Undang-Undang Tanah)


Untuk pengetahuan semua, penduduk tanah melayu tidak mengalami sebarang kerumitan berkaitan dengan soal-soal harta tanah sebelum kedatangan inggeris. 

Anda semua ingin tahu mengapa?

Hal ini adalah kerana sebahagian besar daripada semenanjung tanah melayu masih lagi berhutan rimba.
Tambahan pula, penggunaan tanah pada ketika itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan hidup iaitu secara berkebun, bersawah ataupun mencari bahan-bahan hutan.
Selain itu, keadaan ini juga menyebabkan masyarakat melayu tradisional tidak memerlukan satu sistem pemilikan dan pentadbiran tanah yang khusus dan berinstitusi.

Namun demikian, masyarakat melayu tradisional yang terkenal dengan pelbagai jenis sistem adat juga mempunyai peraturan-peraturan yang berkaitan dengan tanah. Segala peraturan adat mengenai pertanahan ini lebih dikenali sebagai undang-undang adat. oleh itu, hal ini boleh dilihat dimana tanah sangat penting sejak dahulu lagi.

untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan Undang-Undang Adat Tanah, sila klik dan teruskan bacaan anda. Terima kasih.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMANIS CADBURY


Assalamualaikum w.b.t

 Ini adalah entri pertama daripada blog ini di mana blog ini khususnya memaparkan berkaitan dengan pengenalan kepada undang-undang harta tanah  iaitu fakta sama ada fakta unik atau fakta dunia yang masih lagi tidak diketahui oleh orang ramai.



Diharap dengan wujudnya blog ini dapat memberikan suatu nafas baru kepada entri yang memaparkan tentang fakta-fakta yang menarik yang dikumpul dari seluruh dunia khas buat tatapan semua.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS